Benjamin Mora: “3-4-3 Atau 3-5-2, Kami Perlu Sentiasa Berubah, Lawan Sedang ‘Mengkaji’ Kami”

Benjamin Mora 3-4-3 formasi JDT Piala Sumbangsih 2022 KL City

Juara Sumbangsih 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat turun dengan formasi 3-4-3 ketika menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi dan menurut Benjamin Mora, itu bukanlah satu-satunya formasi mereka.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, JDT mempamerkan penguasaan permainan penuh sebelum menewaskan lawan dengan keputusan 3-0, melunas dendam kekalahan di final Piala Malaysia 2021.

Gol-gol Harimau Selatan dihasilkan oleh Nazmi Faiz pada minit ke-26, Fernando Forestieri (minit ke-31) dan Afiq Fazail (minit ke-84). KL City cuba bangkit di babak kedua, namun gagal melakar jaringan yang dicari-cari.

JDT dilihat turun dengan formasi 3-4-3 dengan meletakkan gandingan Carli de Murga, Shane Lowry dan Matt Davies sebagai bek bertiga. Di tengah, mereka membariskan Natxo Insa dan Leandro Velazquez di tengah, sementara Arif Aiman dan Corbin Ong bertindak sebagai bek sayap yang aktif turun dan naik sepanjang aksi.

Formasi ini telah dicuba ketika final Piala Malaysia 2021 berdepan lawan sama, KL City pada November lalu.

Benjamin Mora telah mencuba formasi 3-4-3, namun mereka gagal apabila tumbang 0-2 kepada Bojan Hodak.

Perbezaannya kali ini, mereka lebih bersedia ditambah dengan tambah nilai pemain licik baharu, Fernando Forestieri yang bertindak seperti Gonzalo Cabrera di saat puncaknya bersama JDT satu masa dahulu.

Susunan formasi menyerang JDT ketika final Piala Malaysia 2021

Dalam aksi semalam, Arif Aiman bermain di sebelah kanan dan Corbin di sebelah kiri. Tempat Afiq Fazail dan Safawi Rasid pula diambil alih oleh Fernando Forestieri dan Nazmi Faiz. Selain itu, tempat Mauricio di posisi pertahanan telah digantikan oleh bek baharu musim ini yang diterbangkan dari Terengganu FC, Carli de Murga.

Adakah ini kekuatan baharu JDT untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022? Jelas, ia sangat ampuh.

“Anda lihat 3-4-3 kan? Adakalanya ia jadi 3-5-2 dan sebagainya. Kami harus memiliki pendekatan formasi yang berbeza. Apabila anda bergelar juara, semua orang akan memandang kepada anda.

“Semua akan mengkaji [permainan] anda. Mudah untuk menjadi juara buat kali pertama, yang sukar adalah mempertahankannya. Ini kerana semua orang sedang kaji dan lihat anda. Ini sebabnya kami menukar sedikit taktikal dan formasi. Dan kami akan menukarnya lagi. Kami boleh bermain 4-3-3, 3-4-3 atau 3-5-2.

“Itu tidak penting. Apa yang paling penting ada falsafah permainan dan idea bagaimana cara untuk bermain serta DNA yang telah diterapkan JDT. Kami sentiasa cuba mengekalkan DNA pasukan ini.

Benjamin Mora

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN