Benitez Terima Tawaran Sertai Dalian Yifang Di China

Hanya sehari selepas meninggalkan Newcastle United, Rafael Benitez dikatakan telah bersetuju untuk menerima tawaran untuk menyertai kelab China, Dalian Yifang.

Menurut sumber dari Sky Sports yang mendedahkan perkembangan terbaru ini, Benitez boleh diumumkan sebagai pengendali baharu kelab China itu seawal hari ini.

Pengendali dari Sepanyol itu dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh South Choi Kang Hee yang meletak jawatan.

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Kontrak Benitez berakhir pada 30 Jun lalu, dan tawaran daripada Dalian Yifang dipercayai bernilai lebih dari dua kali ganda nilai pendapatan yang diterima oleh beliau bersama Newcastle.

Benitez dikatakan menerima gaji berjumlah £6 juta setahun ketika bersama Newcastle United.

Rafael Benitez mengakui beliau sebenarnya masih mahu kekal di Newcastle United, namun semua itu mustahil kerana sikap dan dasar yang diletakkan oleh pemilik kelab, Mike Ashley.

Pemergian Benitez juga mencetuskan kemarahan penyokong yang menyifatkan pengendali dari Sepanyol itu sepatutnya menerima layanan yang lebih baik daripada pihak kelab.

Mereka menganggap ianya tindakan memalukan kelab yang penuh tradisi dan sejarah.

Mereka ternyata beranggapan Rafa Benitez tidak seharusnya bekerja di bawah pengurusan Mike Ashley. Rafa Benitez sanggup bersama kelab itu ketika mereka tersingkir ke Liga Championship dan membawa kelab itu naik semula ke EPL.

Newcastle kini sedang dalam proses untuk mencari pengganti Benitez. Pengurus Porto, Sergio Conceicao dilaporkan telah menunjukkan minat.

Tatkala Jose Mourinho sudah terlebih awal menafikan tidak mungkin akan menerima tawaran daripada Newcastle, Nice pula mengesahkan belum menerima apa-apa perkhabaran dari Newcastle yang dikatakan turut mengintai untuk mendapatkan khidmat Patrick Vieira.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN