Syed Saddiq Puji Usaha TMJ Bangunkan Landskap Bola Sepak Negara

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji usaha yang dilakukan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam membangunkan bola sepak negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kerteh, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa yang diajukan ketika sesi yang berlangsung di Dewan Rakyat semalam.

TMJ main peranan besar

“Saya ucapkan terima kasih kepada YB [Tan Sri Annuar Musa] dan juga Tunku Mahkota Johor [TMJ] kerana memainkan peranan penting dan mustahak dalam membangunkan landskap bola sepak khususnya melalui pembangunan di Johor itu sendiri.

“Kerana akhirnya pemain-pemain yang dilatih di Johor akan mewakili negara untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” ujar Syed Saddiq.

Menteri Belia dan Sukan itu juga tidak ketinggalan merakamkan penghargaan buat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang beliau sifatkan berjaya memberi nafas baharu kepada pasukan kebangsaan.

Dato’ Hamidin bawa perubahan

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada pimpinan profesional Dato’ Hamidin, pimpinan FAM yang baru. Di mana di bawah kepimpinan beliau telah ada lonjakan yang baik daripada [segi] ranking [FIFA] Malaysia.

” ‘9 ranking up’ daripada sebelum ini yang merupakan lonjakan yang ama baik,” ujar beliau.

Dalam menentukan halatuju masa depan bola sepak negara, Syed Saddiq juga berkata pihak kerajaan memberi komitmen untuk melaburkan sebanyak mungkin duit, tenaga dan usaha untuk membangunkan pemain muda atau pun ‘youth footballers’ di Malaysia melalui NFDP dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

FOTO: FAM

Halatuju bola sepak negara

“Sebab itu pelan jangka panjang akan ada possible “tie-up” dengan salah satu sponsor yang agak besar untuk pastikan kita bukan saja melatih yang terbaik di AMD tetapi paling mustahak sekali “feeder” kepada AMD iaitu di Pusat Latihan Daerah (PLD) dapat dipertingkatkan lagi,” tambah beliau mengenai cadangan jangka masa panjang aspek pembangunan bola sepak negara.

Langkah memperkasakan PLD perlu dilakukan kerana pusat latihan sebegini pada hari ini tidak memperolehi dana yang secukupnya untuk mendapatkan pendidikan bola sepak yang sewajarnya diperolehi.

Kerana itu KBS mengalu-alukan FA negeri dan pihak penaja lain yang mahu bersama membanngunkan bola sepak akar umbi untuk berganding bahu melakukannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN