Bendtner Ditahan Polis Selepas Cederakan Pemandu Teksi

Nicklas Bendtner ditahan oleh pihak polis Copenhagen selepas menerima laporan bekas penyerang Arsenal dan Denmark itu menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan kepada seorang pemandu teksi.

Akhbar Denmark, Ekstra Bladet berkata melalui satu sumber yang tidak dirahsiakan mengesahkan penahanan Bendtner pada awal pagi Ahad susulan laporan oleh pemandi teksi tersebut, dan didakwa kerana bertindak ganas, sebelum kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

(Photo by Lars Ronbog / FrontZoneSport via Getty Images)

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan patah tulang rahang akibat pergelutan dengan Bendtner.

Bendtner kini beraksi bersama kelab dari Norway, Rosenborg namun tidak terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan Denmark yang menewaskan Wales dalam pertandingan Nations League.

Jurucakap polis Copenhagen mengesahkan terdapat beberapa laporang berkaitan serangan terhadap pemandu teksi, namun enggan mengaitkan mana-mana laporan terhadap Bendtner.

Kelab beliau, Rosenborg juga enggan memberikan sebarang komen mengenai insiden tersebut, dan Persatuan Bola Sepak Denmark (DBU) turut mengambil langkah yang sama untuk berdiam diri.

(Photo by Jose Ignacio Unanue/NurPhoto via Getty Images)

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dari Bendtner berkenaan insiden yang berlaku.

Penyerang berusia 30 tahun itu sudah tidak bersama pasukan kebangsaan Denmark sejak perlawanan menentang Chile dalam perlawanan persahabatan pada Mac lalu.

Mulai dikenali sebagai antara prospek berbakat di Eropah ketika bersama Arsenal pada 2005, Bendtner kemudiannya dipinjamkan ke Birmingham City.

Antara kelab lain yang pernah mendapatkan khidmat Bendtner ialah Sunderland, Juventus, Wolfsburg dan Nottingham Forest.

Sejak menyertai Rosenborg, Bendtner dilihat mulai menemui kembali sentuhan lamanya yang hilang, dan membantu pasukan itu menjuarai Liga Norway pada 2017.

Beliau menjaringkan 24 gol dari 47 perlawanan pada musim tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN