Ferrao, Bintang Futsal Barcelona Yang Dilabel Sebagai ‘Ronaldo Dalam Futsal’

Ferrao

Peminat setia futsal sudah pasti akan mengenali Falcao sebagai pemain yang mempunyai kualiti serta penyudah yang berbisa setiap kali beraksi.

Penulis sendiri berkesempatan ke Bangkok Futsal Arena pada minggu lalu bagi menyaksikan World Intercontinental Futsal Cup 2018 serta melihat sendiri kehebatan Falcao (ternyata penulis kagum melihat aksi beliau).

Namun, dalam pada itu, tumpuan penulis juga terarah kepada pemain pivot (pemain penyerang dalam futsal) pasukan Barca Lassa FC dari Sepanyol iaitu Carlos Vagner Gularte Filho atau lebih dikenali dengan panggilan Ferrao.

Kualiti yang dimiliki pemain berusia 28 tahun ini begitu mengagumkan dengan kawalan bola, skill menarik serta sentuhan berbisa yang dimilikinya.

Di samping itu, beliau turut bertindak cemerlang dalam membuka ruang buat rakan sepasukannya menjaringkan gol.

Beliau juga mempunyai kualiti pertahanan yang baik bagi memjadikan Ferrao pemain ‘serba lengkap’ dalam futsal.

Tidak hairanlah beliau dilabelkan sebagai Ronaldo Luis Nazario De Lima dalam sukan futsal oleh media di luar negara.

Keupayaan individu serta sumbangan berkesan beliau dalam membantu FC Barca Lassa meraih tempat ketiga membolehkannya dipilih sebagai ‘Most Valuable Player’ dalam saingan yang menampilkan juara setiap benua tersebut.

Lihat aksi menarik bintang utama FC Barca Lassa ini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN