Dalam bahagian pertama topik ini, SemuanyaBOLA telah mengupas nasib yang menimpa penjaga gol dan pemain pertahanan pasukan Jerman yang menjuarai Piala Dunia 2014 di mana sebahagian besar daripada mereka telah mengalami nasib buruk dalam karier mereka.
Untuk bahagian kedua ini pula, giliran enam orang pemain di bahagian tengah kecuali Mario Gotze yang telah diulas penjang dalam artikel sebelum ini. Bagaimana pula dengan nasib mereka?
'Saya Tak Mampu Jadi Seperti Dulu Lagi' – Apa Punca Kejatuhan Mario Gotze? https://t.co/YwCbFVT6fH pic.twitter.com/rPLPDBZ96O
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 1, 2020
Bastian Schweinsteiger meninggalkan Bayern Munich untuk menjadi pemain Jerman pertama menyertai Manchester United pada 2015 ketika era Louis van Gaal dan kehadirannya di Old Trafford berjalan dengan baik sehinggalah ketibaan Jose Mourinho pada 2016.
Pengurus warga Portugal itu dikritik hebat termasuk dalam kalangan bekas pemain dan penyokong United sendiri kerana layanan buruknya kepada Schweinsteiger termasuk mengarahkannya berlatih bersama skuad simpanan atas alasan ‘sikap’.
Selepas hampir setahun ‘dibekukan’, beliau akhirnya kembali menyertai skuad utama dan kembali beraksi pada penghujung 2016 dan mendapat sambutan hebat dari penyokong di Old Trafford.
https://twitter.com/eMiaSanMia/status/1035587419293274112?s=20
Namun demikian, banyak pihak yang sudah menjangkakan masanya di Old Trafford sudah berada di penghujungnya dan terbukti apabila beliau dilepaskan oleh United untuk menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Chicago Fire pada 29 Mac 2017 dan telah mengambil keputusan untuk menggantung but pada Oktober tahun lepas.
Schweinsteiger mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa selepas Jerman tewas 2-0 kepada Perancis di peringkat separuh akhir EURO 2016 dan beraksi dalam perlawanan perpisahan menentang Finland pada 31 Ogos 2016 bagi menoktahkan 124 penampilan bersama Die Mannschaft.
Nama Julian Draxler juga semakin kelam sejak kebelakangan ini, jauh daripada ramalan pemerhati bola sepak yang melihat potensinya enam tahun lalu ketika masih bersama Schalke. Beliau berpindah ke Wolsfburg pada 2015 sebelum disambar Paris Saint-Germain ketika projek pembelian pemain bintang secara besar-besaran pada 2016.
🇩🇪 Happy birthday, Germany star Julian Draxler! 🎉🎁🎂
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) September 20, 2017
👕 37
⚽️ 6
🥇 2014 World Cup
🥇 2017 #ConfedCup pic.twitter.com/9MjWU8RonQ
Musim ini Draxler sekadar beraksi dalam 19 perlawanan dan belum menjaringkan sebarang gol untuk kelabnya selepas dihantui beberapa siri kecederaan kaki. Dengan usianya yang baru berusia 26 tahun, ia sepatutnya menjadi umur yang paling sesuai untuk mencapai tahap terbaik dalam karier seorang pemain bola sepak. Namun namanya setakat ini masih kekal dalam perancangan Joachim Low.
Sami Khedira menyertai Juventus pada 2015 dan terus beraksi cemerlang bersama juara Itali itu beberapa tahun awal termasuk membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim 2016/17 di mana mereka tewas kepada 4-1 kepada bekas kelabnya, Real Madrid.
Tetapi kecederaan buku lali dan didiagnosis mengalami masalah degupan jantung pada tahun lepas telah menghadkan penyertaannya bersama kesebelasan utama pasukan sehingga hari ini dan aksi mengecewakan Jerman di Piala Dunia 2018 menjadi penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan.
2018 Merupakan Tahun Yang Mengecewakan Bagi Bola Sepak Jerman – https://t.co/dKQ80xYoSk pic.twitter.com/Mo9LysOLhs
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 17, 2018
Cristoph Kramer membuat kejutan apabila tersenarai buat kali pertama dalam kesebalasan utama pada malam perlawanan akhir itu, tetapi segala memorinya di atas padang selama 30 minit telah hilang akibat berlaku pelanggaran yang menyebabkan gegaran pada otaknya.
Pernah menghadirkan minat beberapa kelab Eropah untuk mendapatkannya selepas kejohanan tersebut, Kramer terus setia dengan Borussia Monchengladbach sehingga hari ini sejak dipinjamkan dari Bayer Leverkusen bermula 2013 dan membuat perpindahan tetap ke Borussia Park pada musim panas 2016.
Happy birthday, Germany midfielder & world champion Christoph Kramer!
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) February 19, 2016
Will he make @DFB_Team squad for #EURO2016? pic.twitter.com/C21NOqDTpC
Walaupun terus konsisten sebagai di antara pemain tengah bertahan terbaik di Bundesliga dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, namanya bukan lagi pilihan untuk dipanggil Joachim Low untuk mewakili skuad kebangsaan dengan penampilan terakhirnya adalah pada Mac 2016 tetapi tidak dimasukkan dalam senarai akhir skuad EURO 2016.
Reputasi Toni Kross sebagai pemain tengah terbaik dunia tidak perlu dipertikai lagi. Real Madrid tidak perlu menunggu lama untuk bertindak mendapatkannya selepas sahaja kempen Piala Dunia 2014 berakhir dan memainkan peranan utama dalam memberikan tiga kejuaraan Eropah untuk tiga tahun berturut-turut buat kelabnya.
Beliau telah beberapa kali disenaraikan dalam Kesebelasan Terbaik FIFPro dan Pasukan Terbaik Tahunan UEFA. Pada 2018, Kroos telah dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Tahunan Jerman hasil undian penulis dan penerbit sukan.
I'd like to thank my colleagues for giving me your vote for the @World11 @FIFPro. Always an honour to be recognized by you experts! #World11 pic.twitter.com/q3WL7xcDiP
— Toni Kroos (@ToniKroos) January 10, 2017
Sehingga hari ini, khidmat Kross masih ditagih Joachim Low untuk terus mewakili negaranya dan sudah pun mengumpul 96 kaps di peringkat antarabangsa.
Penghijrahan Mesut Ozil ke Arsenal dari Real Madrid pada awalnya tidak menampakkan sebarang tanda-tanda ianya bakal berakhir dengan pelbagai isu dan kontroversi. Musim pertamanya di Emirates, beliau termasuk dalam senarai calon akhir untuk anugerah Ballon d’Or dan turut tersenarai dalam Pasukan Terbaik Tahunan UEFA.
Daripada seorang pemain yang mempunyai bakat yang sangat unik dan perancang tengah terbaik di dunia, prestasinya jatuh merudum terutamanya sejak ketibaan Unai Emery di Stadium Emirates yang kerap meminggirkannya dan bukan lagi pemain pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
Selepas kejohanan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Jerman tersingkir di peringkat kumpulan, Ozil mengumumkan beliau tidak mahu lagi mewakili skuad kebangsaan kerana sering menjadi mangsa perkauman oleh penyokong negaranya sendiri.
"I am German when we win, but I am an immigrant when we lose."
— Khaled Beydoun (@KhaledBeydoun) December 9, 2019
~ Mesut Ozil of Germany pic.twitter.com/EHvWeh8tvy
Tetapi ada pihak yang mendakwa kemarahan penyokong Jerman berpunca daripada hubungan baiknya dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan termasuk menjemputnya untuk menjadi saksi dalam majlis pernikahannya dan ianya telah menimbulkan rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk kerajaan Jerman.
Ekoran itu, namanya telah mula ‘disenarai hitam’ di Jerman dan sejak itu Ozil berkali-kali mempersoalkan adakah beliau layak menerima layanan buruk itu disebabkan dirinya berketurunan Turki dan seorang Muslim.
Seperti beberapa pemain senior lain seperti Hummels, Boateng dan Khedira, Ozil juga menjadi salah seorang pemain yang dipertanggungjawab dengan prestasi buruk Jerman pada kejohanan Piala Dunia 2018 dan Joachim Low tidak lagi menyenaraikannya untuk bersama skuad kebangsaan.
TAKKAN PANGGIL
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 6, 2018
Joachim Low memberitahu bahawa pintu ke pasukan kebangsaan kini telah tertutup buat Ozil. Ozil yang dipersalahkan kerana kegagalan Jerman sebelum ini sengaja tidak mengangkat panggilan telefon dari Low, merajuk kerana isu perkauman -Daily Express#SekilasDariUK pic.twitter.com/2WHX61RJAT
Bahagian seterusnya SemuanyaBOLA akan mengupas mengenai pemain di bahagian serangan pula.
Bersambung.