Benarkah Bapa Haaland Halang Anaknya Berhijrah Ke Manchester United?

Erling Haaland Manchester United

Pastinya ramai yang menyangka Erling Haaland tidak akan sesekali menyertai Manchester United disebabkan ‘sejarah hitam’ yang menimpa ayahnya, Alf Inge Haaland ketika beraksi menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu satu masa dahulu.

Ketika beraksi untuk Manchester City pada tahun 2001, bapa Haaland menerima terjahan keras kapten Manchester United, Roy Keane yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa menamatkan kariernya lebih awal.

Berdasarkan fakta itu, kebanyakan pihak melihat agak mustahil untuk pemain berusia 20 tahun itu menyarung jersi ikonik merah United yang akan dianggap ‘mengkhianati’ ayahnya sendiri.

Bagaimanapun, Alf Inge apabila bercakap mengenai masa depan anaknya itu mengakui beliau tidak pernah menghalang sekiranya Haaland mahu menyertai United.

“Manchester United telah meraih pencapaian yang hebat dalam beberapa tahun ini,” ujarnya kepada media Jerman Sport1.

“Kelab itu berusaha untuk membina era baharu di sana. Tetapi untuk membuat perbandingan dengan Dortmund juga tidak mudah kerana kelab tersebut juga merupakan salah satu kelab terbaik ketika ini.

“Kedua-dua kelab itu secara tradisinya mempunyai sejarah yang hebat dan jumlah penyokong yang besar. Bagaimana United sebagai sebuah kelab yang membanggakan di England, begitulah juga Dortmund di Jerman.”

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Haaland ketika ini merupakan salah seorang prospek terbaik di Eropah berdasarkan prestasinya dalam tempoh 18 bulan kebelakangan ini dan kelab mana yang tidak mahu mendapatkannya.

Sejak tiba di Signal Iduna Park pada Januari 2020, beliau telah menjaringkan 47 gol daripada 48 penampilan menjadikannya salah seorang penyerang terbaik dunia ketika ini.

United bukan satu-satunya pasukan yang sedang memburu pemain muda Norway itu, tetapi turut berdepan saingan dari Manchester City, Chelsea, Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan banyak lagi.

Dortmund yang sedang berdepan dengan implikasi kewangan disebabkan pandemik mungkin terbuka untuk melepaskan pemain terbaiknya itu sekiranya ada pasukan yang bersedia untuk mengakrifkan klausa pelepasannya yang bernilai €75 juta.

United seharusnya memanfaatkan kelebihan hubungan baik Haaland dengan Ole Gunnar Solskjaer sebagai jurulatih yang bertanggungjawab menaikkan karier pemain tersebut ketika membimbingnya di Molde.

Namun begitu, Alf Inge mengatakan beliau telah mengingatkan anaknya supaya memilih pasukan yang benar-benar memerlukannya dan bukannya semata-mata disebabkan jurulatih tertentu.

“Saya rasa apa yang paling penting adalah kelab tersebut boleh membentangkan perancangan untuk jangka masa lima tahun. Amat bahaya jika kamu sertai sesebuah kelab kerana jurulatih kerana dia boleh dipecat secara tiba-tiba,” katanya lagi.

Kedudukan Solskjaer di Manchester United ketika ini boleh dikatakan masih terjamin disebabkan kepercayaan dan sokongan tinggi yang diberikan oleh pihak pengurusan kelab kepadanya.

Kredit Foto: Sportbible

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Duhai Kane, Tinggalkan Saja Tottenham Itu!

https://semuanyabola.com/5-sebab-real-madrid-tidak-akan-beli-semula-cristiano-ronaldo/

Didier Drogba: Legenda Chelsea Pemusnah Lawan Dengan Trademark ‘Membelakangkan Gol Lawan’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN