Kerana Khidmat Negara, Pemain Singapura Ini Mungkin Tidak Dapat Beraksi Di EPL

Nampaknya, impian mungkin akan tersekat buat seketika.

Tempoh hari, sejarah baharu tercipta dalam bola sepak Singapura apabila pemain remaja iaitu Ben Davis berjaya menempa nama dalam bola sepak Eropah.

Hal ini dapat dilihat apabila pemain tersebut berjaya menyertai kelab Premier League iaitu Fulham.

Walaupun begitu, impian Davis untuk beraksi di Premier League akan mengalami sedikit masalah apabila pemain tersebut terpaksa pulang ke Singapura.

Davis perlu pulang ke Singapura bagi menjalani program khidmat negara yang wajib bagi setiap rakyat negara.

Beliau yang sudah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama pendatang baharu Premier League itu bagaimana pun sudah melakukan pengecualian dengan pihak Kementerian Pertahanan Singapura.

Walaupun begitu, pengecualian yang diminta oleh mereka telah ditolak oleh pihak kementerian.

Pihak keluarga Davis kini mahu menjalankan kerjasama dengan pihak Singapura FA untuk mendapatkan pengecualian terhadap pemain tersebut.

“Kami akan berkerjasama dengan pihak Singapura FA mengenai rayuan pengecualian itu.”

Andai gagal untuk mendapatkan pengecualian, pihak keluarga Davis dijangka akan meminta pemain itu menyerahkan kewarganegaraan beliau sekiranya gagal mendapat pengecualian.

“Jika kami tiada pilihan, dan kami mendapati dalam situasi ini, kami tiada pilihan lain melainkan meminta Ben untuk tidak mengejar cita-cita beliau.”

Di Singapura, cukup sukar untuk golongan belia di sana untuk mendapatkan pengecualian dari mengikut program khidmat negara.

Dalam konteks sukan, pengecualian ini hanya akan diberikan sekiranya pihak kerajaan Singapura berasakan atlet tersebut akan mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan berpotensi untuk memenangi pingat untuk negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN