Belum Ada Kluster Padang Bola, Kerajaan Diharap Tidak ‘Musuhi’ Industri Bola Sepak

Industri Bola Sepak

Menjelang berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir pada 4 Februari ini,  timbul persoalan sejauh mana kerajaan melihat kepentingan industri bola sepak di negara ini?

Semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) pastinya mengharapkan PKP tidak dilanjutkan demi memastikan tiada lagi penangguhan yang akan berlaku melibatkan pertandingan di peringkat domestik.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini telah menangguhkan sepak mula saingan Liga-M tahun ini daripada 26 Februari kepada 5 Mac depan disebabkan pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan semua pasukan menjalankan latihan berpasukan.

Namun apa yang mengecewakan kebanyakan peminat bola sepak tempatan adalah cara pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) ‘melayan’ industri bola sepak di negara ini.

Beberapa sektor ekonomi lain terutamanya industri perkilangan terus diberi ‘keistimewaan’ untuk meneruskan operasi mereka seperti biasa sekalipun ratusan kluster baharu melibatkan tempat kerja telah dilaporkan setiap hari.

Sedangkan sejak pandemik COVID-19 ‘menyerang’ bermula awal tahun lalu sehingga hari ini, masih belum ada kluster atau penyebaran yang berpunca daripada aktiviti bola sepak terutamanya melibatkan industri bola sepak profesional.

Bayangkan sejak aktiviti sukan bola sepak dibenarkan sepanjang tempoh PKP Pemulihan sebelum ini, lebih kurang 50 perlawanan sosial berlangsung di padang-padang bola sepak di seluruh negara sepanjang tiga bulan, di mana kluster padang bola?

Jika pihak kerajaan merasakan industri perkilangan itu ‘terpaksa’ diberi pengecualian demi memastikan ekonomi negara tidak lumpuh, bagaimana pula dengan ekonomi semua pihak yang terlibat dengan bola sepak?

Musim lepas menyaksikan beberapa syarikat penaja telah menarik diri disebabkan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pertandingan diteruskan dan sudah tentu ianya memberi kesan yang besar kepada kantung pasukan bertanding.

Adakah mereka yang terlibat dengan bola sepak profesional ini tidak perlu dijaga kebajikan mereka berbanding ‘cukong-cukong’ yang masih boleh menarik nafas lega melihat kilang mereka boleh beroperasi seperti biasa?

Semua pasukan Liga-M telah pun diberi penarafan sebagai ‘profesional’, bermakna mereka sudah cukup matang dan berupaya untuk mematuhi sepenuhnya setiap prosedur opertasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sekiranya pihak MKN mahukan SOP yang lebih ketat dan terperinci, puluhan liga di luar negara terutamanya liga-liga Eropah boleh dijadikan contoh untuk digunakan di sini.

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) juga berlaku kes pemain atau pegawai pasukan yang positif, tetapi mereka tidak pernah sesekali menghentikan terus saingan liga.

Cukup sekadar memastikan individu yang disahkan positif tidak tidak dibenarkan untuk terlibat dengan latihan bersama rakan sepasukan atau diturunkan dalam perlawanan. Jika kes positif mencecah angka tertentu dalam sebuah pasukan, barulah perlawanan akan ditangguhkan.

Kita boleh sahaja gunakan panduan dan kaedah yang digunakan oleh liga-liga lain ini. Apa yang penting adalah untuk memastikan segala yang telah dirancang oleh pihak MFL tidak lagi ditangguh dengan alasan ‘bimbang’ sekiranya berlaku penularan dalam kalangan pasukan.

Untuk peringkat awal ini, berilah kelonggaran kepada semua pasukan untuk mula menjalani latihan berpasukan di pusat latihan masing-masing bagi memastikan tahap kecergasan berada pada tahap optimum sebelum saingan liga bermula pada awal bulan depan.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak tempatan:

Piala AFC 2021: Terengganu Ada Peluang, Laluan Kedah Sedikit Berliku

Hong Wan Belum Sampai Tapi Yusoff Mahadi Kata Mereka Puas Hati Dengan Prestasinya

Kurniawan: Kami Sedang Teliti ‘Kisah Hitam’ Antara Jorge Pereyra Diaz, JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN