Mengenang Kehebatan ‘No-Look Backheel Assist’ Guti Yang Digelar ‘Heel of God’

Kemasyuran nama Guti ketika kariernya mungkin tidak sehebat himpunan bekas pemain bintang di posisi tengah yang pernah dimiliki Real Madrid seperti Zinedine Zidane, Luis Figo, David Beckham dan Kaka dan barisan pemain-pemain galaticos seangkatan zamannya.

Namun demikian sumbangan yang diberikan oleh pemilik nama sebenar Jose Maria Gutierrez Hernandez itu buat Real Madrid juga tidak boleh dipandang sepi susulan aksi cemerlang dipamerkannya setiap kali menyarung jersi keramat skuad Los Blancos

Dilahirkan di Torrejon de Ardoz, sebuah bandar yang terletak hanya 20 kilometer daripada Santiago Bernabeu, Guti adalah seorang pemain tengah kreatif dengan kemampuan melakukan ‘killer pass’ buat rakan sepasukannya.

Gerak kakinya yang memukau turut menjadi senjata tambahan buat Guti untuk memerangkap lawan.

Pemain yang dianggap underrated

Tidak keterlaluan untuk memperkatakan bahawa Guti merupakan wira yang tidak didendang dalam kem Real Madrid pada ketika itu.

Karier hebatnya di Los Blancos menyaksikan beliau telah membuat 542 penampilan dengan menghasilkan 77 gol serta mencipta 90 bantuan jaringan dalam semua pertandingan disertai.

Sumber: Goal

Dengan visi, kualiti hantaran, kegigihan dan segala yang dipamerkannya, jurulatih akademi Real Madrid melihat Guti mampu untuk berperanan sebagai pemain tengah meskipun pada mulanya beliau adalah seorang penyerang.

Maka tidak hairanlah bagaimana Guti mampu bersaing dengan nama-nama besar dunia lain yang tiba di Santiago Bernabeu pada ketika itu.

Mengenang ‘No-Look Backheel Assist’ Guti Yang Digelar ‘Heel of God’

Ia adalah saat yang membuat penjaga gol Dani Aranzubia terkejut. Penjaga gol Deportivo La Coruna itu menyerbu ke arah bola, dan melebarkan dirinya sedaya mampu.

Beliau melakukan segala perkara dengan betul sebagai penjaga gol. Tujuannya ialah untuk menghalang larian Guti yang berpeluang menjaringkan gol untuk Real Madrid dalam perlawanan tersebut.

Tetapi kebijaksanaan Guti di saaat genting itu melangkaui segala perkara yang boleh kita bayangkan pada situasi tersebut.

Karim Benzema dengan mudah menjadikan kedudukan 3-0, tetapi momen itu sebnarnya milik Guti.

https://twitter.com/ClassicFootbaIl/status/1249966872289665024

Skuad Galatico Real Madrid pada era tersebut dipenuhi dengan nama-nama besar bola sepak dunia, membuatkan sumbangan pemain tengah itu adakalanya seakan tenggelam.

Guti tampil dalam lebih 400 perlawanan untuk Los Blancos dan menghasilkan beberapa assist yang dianggap di luar imaginasi sepanjang tempoh 24 tahun di Bernabeu.

Gerakan genius Guti

Salah satunya adalah backheel assist dalam perlawnaan menentang Sevilla pada 2006.

Tetapi backheel assist menentang Deportivo pada 20 Januari 2010 dianggap yang terhebat pernah dihasilkan oleh pemain itu.

Assist tersebut dilaber ‘the heel of God’ oleh pundit di Sepanyol.

Tatkala ramai menjangkakan Guti akan melakukan percubaan untuk menewaskan Aranzubia yang menerjah keluar, Guti sebaliknya licik memperdayakan lawannya itu dengan melakukan satu cut-back, no-look backheel dengan kaki kirinya.

Sudah kebiasaan

Walaupun ramai melabel assist oleh Guti menentang Deportivo La Caruna sebagai yang terbaik, ada juga yang melihat assist untuk Zinedine Zidane ketika menentang Sevilla pada 2006 sebagai yang terbaik.

Real Madrid menang 4-2 dalam perlawanan tersebut. Lihat sahaja assist Guti kepada Zidane seperti di atas.

Beliau melakukannya seperti ia adalah satu kebiasaan. Guti adalah nadi Real Madrid, tetapi dibandingkan dengan bintang yang lain, nama beliau amat jarang sekali diangkat selaku wira.

Anda boleh menyaksikan sendiri antara assist menarik yang pernah dihasilkan Guti ketika zaman kegemilangan beliau bersama Real Madrid seperti melalui video di bawah.

Penutup

15 musim bersama skuad utama Real Madrid, Guti telah menjulang trofi UEFA Champions League sebanyak tiga kali [1997/98, 1999/00, 2001/02] dan menikmati kejuaraan La Liga bagi musim 1996/97, 2000/01, 2002/03, 2006/07 dan 2007/08.

Selain itu beberapa lagi kejuaraan yang dimenangi Guti bersama Real Madrid seperti Supercopa de Espana 1997, 2001, 2003 dan 2008 serta UEFA Super Cup 2002.

Selepas mengumumkan persaraannya sebagai pemain pada 21 September 2012, Guti kemudiannya dilantik sebagai jurulatih skuad remaja Real Madrid pada 2013.

Beliau kemudiannya kembali ke Besiktas untuk menjadi pembantu kepada Senol Gunes pada 2018. Dengan pengalaman yang beliau ada, Guti kini sedang menggalas tanggungjawab sebagai pengurus Almeria yang kini beraksi dalam saingan Liga Segunda.

 

 

Baca artikel menari lain mengenai Real Madrid di sini:

11 Pemain Muda Berbakat Real Madrid Yang Hancur Di Tangan Zidane

Ketahui 5 Dosa-Dosa Zinedine Zidane Kepada Real Madrid Punca Beliau Harus Dipecat

3 ‘Unsung Hero’ Di Sebalik Kebangkitan Real Madrid Musim Ini

10 Krisis Yang Dihadapi Zinedine Zidane Sejak Kembali Sertai Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN