Belgium & Perancis Cipta Sejarah Baru, Brazil, England, Portugal Ikut Jejak Malaysia Kekal Kedudukan

Buat pertama kali dalam sejarah, Belgium dan Perancis berkongsi kedudukan sebagai no.1 dunia dalam ranking FIFA.

Belgium naik 1 anak tangga untuk duduk sama tinggi dengan Les Bleus.

Kedudukan 3 ke tangga ke-9 tidak berubah.

3. Brazil
4. Croatia
5. Uruguay
6. England
7. Portugal
8. Switzerland
9. Sepanyol

Denmark jatuh 1 anak tangga ke tangga ke-10.

Untuk pasukan Konfederasi AFC. Iran turun 1 anak tangga ke tangga ke-33, namun masih kekal sebagai pasukan no.1 di Asia di hadapan Australia.

Malaysia kekal di tangga ke-171 dalam ranking kali ini.

Indonesia kekal kedudukan di 164 manakala Singapura melonjak 3 anak tangga ke kedudukan ke-166.

Ranking akan datang akan dikemaskini pada 25 Oktober 2018. Ini rumusan ringkas secara global.

Pendahulu: Perancis dan Belgium

Naik ke 10 teratas: –

Terkeluar daripada 10 teratas – 0

Jumlah perlawanan antarabangsa: 154

Paling banyak perlawanan: Cuba (5)

Tambahan mata terbanyak: Kenya (22)

Kenaikan ranking terbanyak: Ukraine (6 tangga)

Kehilangan mata terbanyak: Burkina Faso dan Ghana (17 mata)

Penurunan terbanyak secara ranking: Ghana dan Slovenia (turun 6 tangga).

Klik pautan ini untuk ranking FIFA yang penuh:

Ranking FIFA Kemaskini 20/9/2018

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN