Belgium Anggap Tunisia Pasukan Berbahaya Di Piala Dunia

Kekalahan tipis Tunisia ke atas Sepanyol semalam mendapat perhatian Jurulatih Belgium, Roberto Martinez. Keputusan itu membuktikan negara Afrika Utara itu mampu mencipta kejutan di Piala Dunia Russia.

Belgium, yang menghuni ranking tiga dunia tiba di Piala Dunia sebagai pasukan pilihan Kumpulan G yang turut diisi Tunisia, England dan Panama.

Martinez memberitahu wartawan menjelang perlawanan pemanas badan terakhir bertemu Costa Rica di sini pada Selasa ia akan menjadi ujian yang bagus untuk menguji kemampuan skuad kendaliannya ketika bertemu Panama pada aksi pembukaan, seminggu kemudian.

Seperti Tunisia yang dilabel ‘amat bagus secara teknikal’, pasukan dari Amerika Utara itu juga boleh menjadi ancaman terhadap pasukannya yang memiliki antara skuad paling berbakat di Eropah.

Ketika ditanya kekalahan 0-1 Tunisia kepada Sepanyol, Martinez berkata:

“Semalam, bagi saya, mereka layak memenangi perlawanan… Ia membuktikan yang Tunisia boleh menjadi salah satu kejutan di Piala Dunia.”

Pertemuan menentang Costa Rica di Brussels, yang juga layak ke Russia dan mencipta kejutan dengan mara ke suku akhir di Brazil memberikan barisan bintang Belgium peluang membuktikan kemampuan mereka.

“Mungkin Panama mendapat inspirasi daripada apa yang Costa Rica lakukan pada 2014 di Brazil,” kata Martinez. “Tiada yang bimbang mengenai pasukan di Amerika Utara.

“Mereka amat mempercayai satu sama lain di atas padang… Jika kami bukan pasukan yang berada dalam tempoh yang sukar ketika perlawanan, pasukan ini benar-benar boleh menyakitkan kamu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN