Belanda Umum Senarai Skuad Beberapa Jam Selepas Pemergian Koeman

Ronald Koeman Belanda

Hanya beberapa jam selepas pemergian Ronald Koeman, pasukan kebangsaan Belanda telah mengumumkan senarai 32 orang pemain termasuk empat orang pemain yang belum membuat sebarang penampilan antarabangsa untuk skuad yang akan berdepan Poland dan Itali di kejohanan Liga Negara-Negara Eropah.

Ronald Koeman telah sah dilantik sebagai pengurus baharu Barcelona menggantikan Quique Setien yang dipecat pada Isnin lalu dan mengikat kontrak selama dua tahun bersama kelab Sepanyol tersebut.

Dwight Lodeweges akan bertindak selaku jurulatih interima untuk kedua-dua perlawanan tersebut yang akan berlangsung di Amsterdam di mana mereka dijadualkan menentang Poland pada 4 September sebelum bertemu Itali tiga hari kemudian.

Mohamed Ihattaren, Teun Koomeiners dan Owen Wijndal sebelum ini pernah dipanggil buat pertama kali untuk aksi persahabatan berdepan Amerika Syarikat dan Sepanyol pada Mac, namun kedua-dua perlwanan tersebut dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Manakala pemain pertahanan muda Ajax, Perr Schuurs disenaraikan buat kali pertama untuk pembukaan pertandingan antara negara-negara Eropah tersebut. Dalam edisi pertama, Netherland muncul naib juara di belakang juara sulung Portugal.

Pemain pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt tiada dalam senarai kerana diketepikan selama dua hingga tiga bulan selepas menjalani pembedahan bahu.

Koeman sebelum ini pernah berkata, arus baharu kemunculan pemain-pemain muda hebat dan berbakat Belanda menjadikan persaingan untuk merebut tempat dalam skuad negara itu semakin sengit terutama untuk kejohanan EURO yang akan berlangsung pada tahun depan.

Senarai penuh skuad:

Penjaga gol: Marco Bizot (AZ Alkmaar), Jasper Cillessen (Valencia), Tim Krul (Norwich City), Jeroen Zoet (PSV Eindhoven)

Pertahanan: Nathan Ake (Manchester City), Daley Blind (Ajax Amsterdam), Stefan de Vrij (Inter Milan), Denzel Dumfries (PSV Eindhoven), Hans Hateboer (Atalanta), Perr Schuurs (Ajax Amsterdam), Kenny Tete (Olympique Lyonnais), Virgil van Dijk (Liverpool), Joel Veltman (Brighton & Hove Albion), Owen Wijndal (AZ Alkmaar)

Tengah: Frenkie de Jong (Barcelona), Marten de Roon (Atalanta), Leroy Fer (Feyenoord Rotterdam), Mohamed Ihattaren (PSV Eindhoven), Teun Koopmeiners (AZ Alkmaar), Davy Propper (Brighton&Hove Albion), Calvin Stengs (AZ), Kevin Strootman (Olympique Marseille), Donny van de Beek (Ajax Amsterdam), Tonny Vilhena (Krasnodar), Georginio Wijnaldum (Liverpool)

Penyerang: Ryan Babel (Galatasaray), Steven Bergwijn (Tottenham Hotspur), Myron Boadu (AZ Alkmaar), Memphis Depay (Olympique Lyonnais), Luuk de Jong (Sevilla), Quincy Promes (Ajax Amsterdam), Wout Weghorst (VfL Wolfsburg).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai skuad kebangsaan Belanda:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN