EURO 2020: Belanda Dan Jerman Kembali Bertemu, Berada Dalam Satu Kumpulan Peringkat Kelayakan

Euro

Malam tadi telah berlangsungnya sesi undian pusingan kelayakan bagi Kejohanan Eropah (EURO) edisi 2020. EURO 2020 merupakan edisi kedua untuk format 24 pasukan.

EURO 2020 merupakan satu-satunya kejohanan yang dianjurkan di 12 bandar raya terkemuka Eropah.

55 pasukan diagihkan kepada 10 kumpulan. 5 kumpulan menyaksikan dianggotai oleh 5 pasukan (A – E). 5 kumpulan pula diisi oleh 6 pasukan (F – J).

Juara dan naib juara kumpulan kelayakan ini akan mara ke pusingan akhir kejohanan ini. Baki 4 slot akan ditentukan melalui play-off yang bersandarkan kedudukan akhir UEFA Nations League 2018.

Undian menyaksikan Jerman dan Belanda diletakkan dalam satu kumpulan. Kedua-dua negara turut bersaing sesama sendiri dalam UEFA Nations League.

Undian penuh

Trofi EURO. Sumber: Shropshire Star.

Kumpulan A: England, Republik Czech, Bulgaria, Montenegro, Kosovo

Kumpulan B: Portugal, Ukraine, Serbia, Lithuania, Luxembourg

Kumpulan C: Belanda, Jerman, Ireland Utara, Estonia, Belarus

Kumpulan D: Switzerland, Denmark, Republik Ireland, Georgia, Gibraltar

Kumpulan E: Croatia, Wales, Slovakia, Hungary, Azerbaijan

Kumpulan F: Sepanyol, Sweden, Norway, Romania, Kepulauan Faroe, Malta

Kumpulan G: Poland, Austria, Israel, Slovenia, Macedonia, Latvia

Kumpulan H: Perancis, Iceland, Turki, Albania, Moldova, Andorra

Kumpulan I: Belgium, Rusia, Scotland, Cyprus, Kazakhstan, San Marino

Kumpulan J: Itali, Bosnia & Herzegovina, Finland, Greece, Armenia, Liechtenstein

Mencabar

UEFA menetapkan pelbagai peraturan bagi melaksanakan undian ini. Antaranya mereka tidak meletakkan beberapa negara berkonflik sekumpulan.

Contohnya Bosnia & Herzegovina tidak diundi bersama dengan Kosovo. Gibraltar tidak diletakkan sekumpulan dengan Sepanyol.

Setiap kumpulan juga menyaksikan maksimum dua negara yang beriklim sejuk melampau diundi bersama. Negara yang terlibat ialah Belarus, Estonia, Kepulauan Faroe, Finland, Iceland, Latvia, Lithuania, Norway, Russia dan Ukraine.

Adakah akan ada muka baru yang akan menempatkan diri dalam saingan EURO? Atau adakah juga pasukan terkemuka akan gagal mara ke kejohanan ini?

Leave a Reply