Bekas pemain pertahanan Selangor, Michal Nguyen kembali ke Vietnam untuk menandatangani kontrak bersama Hai Phong FC.
Ini bermakna Michal akan kembali beraksi di Liga Vietnam 1 mulai musim hadapan selepas pemain itu meninggalkan Becamex Binh Duong pada penghujung musim 2017.
Michal turut beraksi bersama Air Force Central di Liga Thailand pada musim 2018, sebelum memilih beraksi di Liga Malaysia bersama skuad kendalian B. Sathianathan pada permulaan musim 2019.
Michal Nguyen has returned to V.League 1, signing with Hai Phong. The Czech born defender left Becamex Binh Duong at the end of the 2017 season, had stops at Air Force Central ?? and Selangor ??. pic.twitter.com/ED0oET9iDt
— Viet Footy (@VietFooty) December 2, 2019
Sepanjang beraksi bersama Selangor, Michal kerap kali digandingkan dengan pemain pertahanan import dari Australia, Taylor Regan.
Sering kali menjadi mangsa kritikan dengan aksi goyah pada permulaan musim, Michal berjaya menampilkan aksi yang lebih konsisten pada penghujung musim, terutama di saingan Piala Malaysia.
RODNEY CELVIN AKWENSIVIE SAH MENJADI PEMAIN SELANGOR.
Suka cita diumumkan bahawa Rodney kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.
Hantarkan ucapan anda kepada Rodney dengan menggunakan hashtag #RodneyIsRed
Baca tentang Rodney di: https://t.co/7Te02q1xaR#RodneyIsRed pic.twitter.com/WezR55tqTL
— FA Selangor (@FASelangorMy) November 29, 2019
Namun demikian, ia masih tidak cukup untuk meyakinkan Selangor untuk mengekalkan khidmat pemain berdarah kacukan Vietnam dan Republic Czech itu untuk saingan pada musim hadapan.
Untuk saingan Liga Malaysia 2020, Selangor dijangka akan menyandarkan bahagian pertahanan kepada Taylor Regan dan pemain tempatan kelahiran Sarawak, Rodney Celvin yang diumumkan menyertai pasukan itu baru-baru ini.