Quantcast

BERITA

Akram Afif Dinobatkan Selaku Pemain Terbaik AFC 2019

Akram Afif telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik AFC 2019, selepas menyerlah bersama Qatar di pertandingan Piala Asia pada tahun ini.

Afif beraksi bersama Al Sadd di peringkat kelab, yang dikendalikan oleh legenda Barcelona, Xavi.

Afif sebenarnya memiliki kontrak bersama kelab Sepanyol, Villareal namun dipinjamkan kepada Al Sadd sejak 2018.

Di pertandingan Piala Asia yang lalu, pemain penyerang sayap ini menghasilkan 10 bantuan gol dari tujuh perlawanan untuk membantu Qatar muncul juara Piala Asia.

Unruk Anugerah Pemain Terbaik Asia 2019, Afif mengetepikan saingan daripada penjaga gol Iran, Alireza Beiranvandm dan juga pemain Jepun, Tomoaki Makino.

“Saya amat gembira dinobatkan selaku Pemain Terbaik Tahunan Asia,” ujar Afif melalui satu kenyataan melalui Twitter.

“Ia adalah satu penghormatan besar buat saya. Terima kasih kepada rakan sepasukan dan juga saudara pemain di peringkat kelab, barisan kejurulatihan, dan juga keluarga besar di dalam skuad kebangsaan.

“Saya mahu berkata bahawa setiap dari mereka adalah ‘pemain terbaik tahunan’.”

Selain daripada peranan beliau membantu Qatar muncul juara Asia pada awal tahun ini, Afif juga merupakan pemain penting dalam pasukan kendalian Xavi di Al Sadd.

Musim 2018/19 misalnya, Afif menjaringkan 26 gol dari 22 penampilan untuk membantu Al Sadd muncul juara Liga Qatar.