Bekas Pertahanan Kedah Sasar 1 Kejuaraan Bersama Negeri Sembilan

Bekas pertahanan Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Norfiqrie Talib menyasarkan satu kejuaraan bersama pasukan baharu diwakilinya pada musim ini iaitu Negeri Sembilan.

Norfiqrie secara rasminya diperkenalkan Negeri Sembilan pada media sosial mereka sebelum itu dengan beliau menjadi antara rekrut baharu Hoben Jang Hoben bagi saingan akan datang.

Negeri Sembilan menjadi antara pasukan paling aktif membuat beberapa rombakan dalam kalangan pemain termasuk import, untuk menjadikan mereka tampil lebih positif pada musim ini.

“Pemain yang berasal dari Alor Setar, Norfiqrie Talib menjadi pemain terkini yang ditandatangani skuad Jang.

“Bekas pemain Kedah Darul Aman FC dan PDRM FC itu berkebolehan bermain di posisi bek kiri dan kanan. Bersama PDRM FC, beliau berjaya membantu pasukan itu memenangi Piala Cabaran pada musim lepas.

“Berusia 27 tahun, Norfiqrie berazam untuk membantu skuad Jang kembali menjadi sebuah pasukan yang disegani dalam kancah bola sepak Malaysia,” jelas kenyataan tersebut.

Musim lalu menyaksikan Norfiqrie telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 17 perlawanan secara keseluruhan di pentas domestik bersama PDRM selaku pertahanan kanan serta tengah.

Tampil dengan cabaran baharu, Norfiqrie menyatakan beliau ingin membantu Negeri Sembilan untuk memperoleh sekurangnya satu kejayaan di saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Saya berjaya memenangi Piala FA bersama pasukan Kedah pada tahun 2020, dan pada musim lepas, saya berjaya memenangi Piala Cabaran bersama PDRM FC.

“Sudah tentu saya ingin memenangi sesuatu bersama Negeri Sembilan FC,” kata pemain kelahiran Kedah itu pula.

Sehingga kini, beberapa pemain sudah pun diperkenalkan oleh Negeri Sembilan di segenap posisi seperti Hadin Azman, Aqil Razak, Izaffiq Ruzi, Azrin Afiq dan beberapa lagi.

Malah, Negeri Sembilan turut memperkenalkan barisan pemain import baharu mereka untuk memperkukuhkan lagi pasukan tersebut sebelum tirai liga dibuka.

Bekas pemain kebangsaan Nigeria iaitu Aliyu Abubakar, Takumi Sasaki, dan Jacque Faye secara rasminya sudah pun mengikat kontrak bersama Negeri Sembilan pada saingan akan datang.

Hadir dengan pelbagai rombakan, ketika ini teka teki masih bermain di fikiran para penyokong mengenai status jurulatih baharu pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN