Terengganu Bantu Safawi Rasid Tambah Keyakinan Untuk Rebut Peluang Bersama Malaysia

Pemain sayap lincah tempatan, Safawi Rasid akui ada beberapa perubahan telah dilalui beliau sepanjang mengharungi sesi latihan bersama kelab terbaharunya musim ini, Terengganu.

Safawi menjadi antara pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan kepada pasukan lain musim ini, dan beliau bersama Akhyar Rashid sah menyarung jersi Terengganu musim 2024/2025.

Nama pemain ini bersama Terengganu bukan lagi sesuatu yang baharu, kerana beliau mula mendapat pendedahan bersama Sang Penyu bawah kendalian Tomislav Steinbruckner dan kini mereka berdua kembali bekerjasama.

Bersama Sang Penyu musim ini, pastinya Steinbruckner mempunyai perancangan cukup besar untuk menggunakan kelebihan Safawi bagi memperkukuhkan aspek serangan mereka berhadapan pasukan lawan.

Disebabkan itu, beberapa perubahan dibuat oleh Steinbruckner termasuk memberi lebih kebebasan buat pemain Harimau Malaya itu untuk lebih bebas bergerak di atas padang.

Malah, Safawi sendiri mengakui beliau kini tampil lebih berkeyakinan untuk bersama Malaysia mengharungi kem latihan pusat sebelum berangkat ke Oman bagi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Apatah lagi, Terengganu sendiri sudah pun memulakan sesi latihan mereka dengan lebih awal dan ia memudahkan Safawi untuk cepat menyesuaikan diri bersama kem kebangsaan bersama rakan sepasukan lain.

“Untuk panggilan kali ini saya rasa lain sikit sebab dekat Terengganu saya boleh buat banyak apa yang saya nak dalam perlawanan, macam ‘free role’ (peranan tidak terhad pada satu posisi sahaja).

“Jadi saya rasa dengan keyakinan saya, latihan di Terengganu ‘match fitness’ (kecergasan perlawanan) tiada masalah bagi saya untuk rebut peluang lawan Oman,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Safawi mengakui perlawanan persahabatan secara tertutup membabitkan Harimau Malaya menentang Nepal hari ini sebagai persediaan cukup bagus buat mereka sebelum menghadapi Oman.

“Bagus untuk kami sebab sudah lama kami tiada ‘match fitness’, jadi saya rasa selepas kami ada sparring antara satu sama lain, (ditambah) perlawanan ini ia untuk kami dapatkan ‘match fitness’,” kata Safawi lagi.

Safawi dan rakan sepasukannya pasti enggan untuk keciciran sebarang mata bagi perlawanan akan datang kerana mereka kini di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga kejohanan tersebut.

Menerusi kedudukan semasa, Harimau Malaya berada di tangga teratas Kumpulan D menerusi enam mata maksimum daripada dua perlawanan dilalui selepas mereka menewaskan Kyrgyzstan serta Taiwan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN