Bekas Penyerang Sabah Dan Lille Menjadi Pilihan KL City

Juara Piala Malaysia edisi lalu, KL City semalam mengumumkan mengenai pemain import terbaharu mereka iaitu Kevin Koubemba bagi mengharungi perjalanan baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal bermula tidak lama lagi.

Pemain tersebut diumumkan semalam melalui Facebook rasmi mereka sekali gus melengkapkan kuota pemain import mereka untuk musim ini dengan kehadiran penyerang baharu, Kevin.

Pada awal karier Kevin telah beraksi di Ligue 2 bersama pasukan Amiens. Sepanjang 38 penampilan, beliau telah meledak 2 gol sahaja sebelum berhijrah ke pasukan simpanan Lille B.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Sepanjang beraksi bersama Lille B, Kevin telah mempamerkan mutu permainan yang berkualiti apabila berjaya meledak lapan gol secara keseluruhan daripada 12 aksi yang melibatkan pemain ini sebelum dipanggil menyertai skuad utama Lille pada tahun 2015.

Beliau yang memiliki ketinggian 1.92 meter ini juga pernah dipinjamkan ke pasukan Brest yang beraksi di Ligue 1 dan berhasil merekodkan 3 gol daripada 18 perlawanan.

Pada tahun 2016, buat pertama kali Kevin telah keluar daripada kepompong selesa apabila berhijrah ke Belgium bagi menyertai Sint-Truiden. Namun, pemain ini hanya merekodkan 1 gol sahaja sepanjang 8 perlawanan membabitkan beliau.

Penyerang dari Congo ini juga menghabiskan empat musim di Azerbaijan dengan menyertai dua kelab iaitu Sabail dan Sabah. Bersama Sabah, Kevin berjaya mencatat 5 gol daripada 22 aksi yang menampilkan beliau.

Bersama KL City pada musim ini, Kevin bakal bergandingan bersama Romel Morales yang sebelum ini cemerlang bertindak selaku penyerang utama dan berjaya menaikkan nama pemain ini pada saingan Piala Malaysia musim lalu.

Setakat ini, KL City dilihat sudah pun melengkapkan pasukannya dengan barisan pemain import dan tempatan untuk menggalas tugas beraksi di saingan Liga Super dan AFC.

Antara pemain yang bakal mencuri tumpuan sudah pasti mengenai ketangkasan Kevin Ray Mendoza yang bertindak cemerlang pada aksi saingan Piala Malaysia musim lalu selain kelibat Zhafri Yahya serta J. Partiban.

Jurulatih mereka, Bojan Hodak juga terus kekal di KL City untuk terus memacu pasukan pada musim baharu ini bersama pembantu beliau, Shukor Adan yang sah kini menjadi pembantu jurulatih kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN