Bekas Penyerang Juara Thai League 1, Mat Yo Sah Bersama Melaka United

Mat Yo Norshahrul Idlan Melaka United 2022 BG Pathum Thai League 2020

Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha baru sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Melaka United untuk saingan Liga Super 2022 selepas meninggalkan pasukan yang dinaikkan pangkat, Sarawak United.

Selepas membantu Sarawak United meraih promosi ke Liga Super, Norshahrul meninggalkan pasukan apabila kata sepakat gagal dicapai untuk kontrak baharu, ditambah pula masalah tunggakan gaji dihadapi pasukan.

Pemain yang berpengalaman beraksi di Thai League 1 bersama BG Pathum United pada musim 2020 itu turut membantu The Rabbits menjuarai saingan di Thailand dan dilihat masih mahu terus kekal beraksi di padang.

Berusia 35 tahun, Norshahrul telah tampil beraksi 80 kali bersama skuad kebangsaan dan menjaringkan 14 gol peribadi. Pengalaman luasnya mahu ditagih pula Melaka United selepas beraksi baik bersama Sarawak United.

Di Thai League bersama BG Pathum, kariernya kurang menjadi apabila beliau hanya tampil beraksi sebanyak enam kali iaitu sekitar 208 minit permainan, malah dipalit kontroversi berkaitan kontrak dan dengan ejennya.

Norshahrul pernah dinobatkan sebagai penyerang dan pemain terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) di tiga edisi iaitu pada 2010 hingga 2012. Malah beliau meraih pelbagai kejuaraan sepanjang 19 tahun karier bola sepaknya, sama ada di peringkat kelab, mahupun ketika menyarung jersi skuad kebangsaan.

Bersama Sarawak, Mat Yo beraksi sebagai penyerang kedua dan jika Melaka United mahu memanfaatkan kemampuannya, jelas itulah posisi terbaiknya ketika ini. Dengan usianya, beliau bukan lagi penyerang utama.

Sebelum menyertai skuad Hang Tuah, terdapat khabar angin Kelantan FC berminat dengannya, malah Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee juga dikhabarkan turut mengintai mahu menagih kudratnya.

Tentang khabar ke Kelantan, beliau telah menafikannya dengan menyatakan beliau hanya mempertimbangkan tawaran dari pasukan yang serius mahukan khidmatnya dan bukan sekadar membuat ‘marketing’.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

“Ada beberapa lagi pasukan yang membuat rundingan tetapi kalau ‘marketing’ lebih dari betul, saya tak minat. Maafkan saya, sebab hidup saya sebagai pemain bolasepak lebih pada hasilnya dari ‘marketing’.

“Yang pasti, saya menandatangani kontrak bersama Astro Arena selama setahun, Maafkan saya, saya tidak sign dengan The Red Warriors!” ujar Norshahrul.

Pada masa sama, wujud juga laporan Norshahrul berkemungkinan kembali ke pangkuan Johor Darul Takzim (JDT), namun desas-desus itu tidak cukup kuat dan mungkin tiada asasnya atas faktor usia penyerang tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN