Bekas pemain tengah import Melaka United dari Sweden, meninggal dunia di kediaman beliau di Sweden.
Bekas pemain Feyenoord dan Malmo itu dilaporkan ditemui oleh ayah beliau sendiri selepas dipercayai diserang serangan jantung awal pagi waktu Sweden.
De Zweedse voetbalwereld rouwt om de dood van Labinot Harbuzi #harbuzi #feyenoord #excelsior https://t.co/C3YTtS3sTR
— Voetbalzone.nl (@voetbalzonenl) October 11, 2018
Harbuzi yang juga merupakan kenalan kepada bintang Sweden di MSL, Zlatan Ibrahimovic dilihat sihat seperti biasa semalam.
Ibu bapa kepada Harbuzi dilaporkan cuba menyelamatkan nyawa anak mereka itu dengan memberikan CPR, sebelum beliau dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan.
Bekas bintang skuad Sweden B-21 itu menyarung jersi Melaka United selama semusim pada 2016. Tampil selepas terlepas lima perlawanan awal kempen tersebut akibat kecederaan.
Harbuzi bagaimanapun sempat menjaringkan dua gol dan beberapa bantuan gol melalui baki 11 penampilan bersama skuad Hang Tuah selepas untuk membantu pasukan tersebut menjuarai kejuaraan Liga Perdana pada musim tersebut.
Bekas rakan sepasukan Harbuzi di Melaka United, Ilija Spasojevic turut memuatnaik gambar di Facebook bersama Harbuzi dengan kenyataan tertulis: ‘Berehat dengan damailah saudaraku Labinot Harbuzi’.
Pada 2009 Ibrahimovic pernah menyifatkan Harbuzi sebagai bakat luar biasa keluaran Sweden.
“Beliau adalah pemain yang mengujakan dan memiliki corak permainan yang unik. Itu yang Sweden perlukan,” ujar Ibrahimovic satu ketika dahulu.