Bekas Pengadil Jelaskan Keputusan Pengadil Premier League, Gol Koscielny Dikira

Minggu ke-7 Premier League menyaksikan pelbagai insiden kontroversi berlaku di atas padang.

Dari jaringan kontroversi Laurent Koscielny hingga ke insiden kaki tinggi Ander Herrera ke atas Joe Allen telah membuatkan kredibiliti pengadil dipersoal peminat bola sepak.

Bekas pengadil Dermot Gallagher telah menerangkan beberapa insiden yanf berlaku di Premier League kepada Sky Sports.

Insiden angkat kaki Ander Herrera ke atas Joe Allen (Manchester United v Stoke City)

herrera-allen

Dalam aksi Manchester United-Stoke City, Hererra telah melakukan cabaran bahaya apabila mengangkat kakinya ke atas Allen.

Menurut Gallagher, keputusan pengadil memberikan kad kuning adalah SALAH. Oleh kerana cabaran tersebut bahaya, Hererra sepatutnya diberikan KAD MERAH.

Paul Pogba menjatuhkan Joe Allen dihadapan pengadil (Mancehster United v Stoke City)

le-milieu-francais-de-manchest

Pogba menjatuhkan Allen dihadapan pengadil ketika kedua-dua pemain tidak memegang bola.

Pengadil bagaimana pun tidak memberikan kad kepada Pogba namun sekadar memberhentikan permainan dan memberikan amaran lisan kepada Pogba.

Gallagher rasakan tindakan pengadil adalah BETUL.

Gol Koscielny mementang Burnley (Burnley v Arsenal)

promo299707841

Arsenal memperoleh gol kemenangan minit akhir menerusi Koscielny selepas beliau dan Alex Oxlade-Charmberlain menolak bola itu masuk ke gol.

Koscielny dikatakan berada dalam keadaan ofsaid, namun beliau tidak berkedudukan ofsaid selepas Theo Walcott melakukan flick pada bola tersebut.

Mengenai handball pula, Gallagher merasakan kedudukan lengan Koscielny ketika itu adalah DISENGAJAKAN atas alasan itu adalah tindakan automatik manusia untuk menstabilkan kedudukan badan.

Insiden Shkodran Mustafi bersama pengadil (Burnley v Arsenal)

promo299767861

Mustafi berang selepas pengadil tidak mengambil tindakan ke atas Sam Vokes selepas Mustafi merasakan beliau dikasari Vokes.

Beliau pergi ke arah pengadil dan melakonkan semula cara Vokes ke atas beliau.

Gallagher merasakan pengadil melakukan tindakan SALAH apabila tidak memberikan kad kuning kepada Mustafi. Sambil menyifatkan Mustafi bertuah kerana tidak diberikan kad.

Victor Moses jatuh dalam kotak penalti (Hull City v Chelsea)

moses

Moses merasakan beliau dikasari oleh Adama Diamonde selepas kaki Diamonde kena pada kakinya ketika di dalam kota penalti.

Gallagher mengatakan tindakan pengadil tidak memberikan penalti adalah BETUL. Hal ini kerana Diamonde meletakkan kakinya untuk mencabar bola, dan Moses mengelak sebab itu kakinya terkena kaki Diamonde.

Willian dikasari Curtis Davies (Hull City v Chelsea)

willian

Davies berjaya memperoleh bola selepas menerjah Willian dengan kaki kanan, namun kaki kiri Davies menerjah kaki Willian.

Tindakan pengadil tidak memberikan apa-apa kepada Willian adalah BETUL kerana Davies terlebih dahulu telah memperoleh bola.

Kekasaran Damien Delaney ke atas Phil Jagielka (Everton v Crystal Palace)

delaney1

Delaney mengangkat kaki tinggi ke paras tangan Jagielka. Pengadil kemudiannya memberikan sepakan percuma.

Keputusan pengadil tersebut adalah BETUL. Pemain tidak dibenarkan mengangkat kaki setinggi itu.

Gol ofsaid Damien Delaney (Everton v Crystal Palace)

delaney2

Delaney menanduk masuk bola ke gawang Everton namun dibatalkan kerana ofsaid.

Pada mulanya, penolong pengadil merasakan James McArthur yang berada dalam keduduka ofsaid selepas pemain itu dikatakan menggangu penjaga gol.

Keputusan pengadil tidak mengesahkan gol itu adalah BETUL kerana tindakan McArthur yang lari ke arah bola telah mengelirukan penjaga gol.

Daniel Sturridge melakukan simulasi (Swansea City v Liverpool)

matstur

Sturridge melakukan cuba memanipulasi cabaran yang diberikan oleh Wanye Routledge selepas beliau melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti.

Pengadil kemudiannya memberikan kad kuning kepada beliau. Gallagher merasakan tindakan itu adalah BETUL kerana menerusi penglihatan pengadil, Sturridge memang benar melakukan simulasi.

Baca juga: Peminat Bola Sepak Kecoh Selepas Lihat N’Golo Kante Lebih Lambat ‘Track Back’ Daripada Pengadil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN