Bekas Pemain Tengah VfL Wolfsburg Bakal Sertai Selangor?

Selangor kini menjadi antara kelab yang diberi tumpuan utama dalam kalangan para penyokong menerusi persiapan yang dibuat mereka sepanjang tempoh pramusim berlangsung.

Menjadi sebagai antara pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan Liga Super 2023, persiapan-persiapan yang dibuat pasukan tersebut juga tampak menyakinkan, termasuk beberapa muka baharu menyertai mereka.

Terbaharu, Selangor dikhabarkan bakal mengikat pemain tengah serangan baharu musim ini untuk terus memperkukuhkan skuad sebelum saingan liga bermula.

Pemain yang dimaksudkan itu Yohandry Orozco yang berasal dari Venezuela serta beraksi untuk pasukan kebangsannya di posisi tengah menyerang.

Kenyataan itu dinyatakan sendiri menerusi wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam, setelah beliau mengaitkan Yohandry bersama Selangor pada musim ini.

Lebih menarik, Zulhelmi juga menyatakan Yohandry telah menolak tawaran daripada kelab yang berpangkalan di Colombia tahun ini dengan berkemungkinan akan memilih Selangor sebagai destinasi.

“Tolak tawaran kelab Colombia untuk beraksi di Liga M, Yohandry Oroczo yang pernah mewakili VfL Wolfsburg dikaitkan ke Selangor FC,” jelas Zulhelmi menerusi Twitter peribadi beliau.

Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Eropah seperti VfL Wolfsburg serta lebih banyak bermain untuk saingan divisyen utama Colombia.

Selain itu, Yohandry juga merupakan salah seorang tonggak utama yang pernah beraksi buat negaranya iaitu Venezuela dan pernah bermain dalam saingan Piala Dunia bawah 19 (B-19) pada tahun 2009 di Mesir.

Kali terakhir beliau dipilih mewakili skuad kebangsaan tersebut ialah pada tahun 2017, dan selepas itu dirinya tidak lagi tersenarai beraksi buat Venezuela.

Jika Yohandry mengesahkan diri bersama Selangor, ianya akan menjadi suatu nilai tambah terbaik buat pasukan tersebut terutama sekali dalam membantu serangan mereka.

Dengan beberapa rombakan dibuat, barisan hadapan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu jelas agak garang menerusi muka-muka baharu yang ditandatangani.

Faisal Halim, Rauf Salifu, Ayron del Valle, serta Noor Al-Rawabdeh antara muka baharu yang mengesahkan diri musim ini bersama Selangor dan diharap para penyokong agar perubahan positif dapat dijelmakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN