Bekas pemain tengah import Selangor, Endrick dos Santos kelihatan menjalani latihan bersama skuad Liga Premier Pulau Pinang.
Perkara itu disahkan selepas laman Facebook rasmi pasukan itu berkongsi gambar dan kelibat pemain tersebut bersama-sama skuad kendalian Manzoor Azwira semalam.
Endrick adalah antara pemain import yang tidak dikekalkan oleh Selangor, selain daripada Michal Nguyen daripada senarai pemain pada musim lalu.
ENDRICK DOS SANTOS! ?
Close-up skill Endrick semasa perlawanan menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Rabu lalu.
Rate this skill ??????
#RedGiants
#KitaAdalahSatu
#SelangorPowerPosted by FA Selangor on Thursday, September 19, 2019
Tatkala Michal sudah kembali ke negara asalnya untuk bersama Hai Phong, masa depan Endrick dos Santos pula sentiasa menjadi spekulasi peminat bola sepak tanah air.
Pemain berusia 24 tahun yang pertama kali beraksi di saingan Liga Malaysia bersama-sama Felcra FC pada 2017.
Former Selangor FA midfielder Endrick dos Santos is training with Penang FA.
(Pic via @fa_penang FB)#HariaPenangHaria #LigaPremier2020 pic.twitter.com/hqNs7hn64v— FC Penang (@FCPenang) January 7, 2020
Selepas dua tahun bersama Felcra dan setelah pasukan itu menarik diri dari kancah saingan Liga Malaysia pada penghujung saingan musim 2018, Endrick kemudiannya dipancing oleh B. Satiananthan untuk bersama Selangor.
Prestasi Endrick pada awal musim bersama Selangor dibayangi oleh isu kecederaan.
Bagaimanapun pemain itu tampil sebagai watak utama kebangkitan Selangor di pertandingan Piala Malaysia sehingga berjaya mara ke separuh akhir sebelum disingkirkan oleh JDT.
Sebelum ini Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira pernah mengesahkan dengan kami akan membawa masuk dua pemain import tanpa mendedahkan identiti pemain tersebut.
Mungkinkah Endrick dos Santos adalah pemain yang bakal menyertai skuad Harimau Kumbang pada musim akan datang?