Bekas Pemain Arsenal, Song & Djorou Dipecat Kerana Coronavirus

Kelab Liga Super Switzerland, FC Sion telah memecat sembilan pemain yang enggan menandatangani perjanjian pemotongan gaji akibat penularan wabak coronavirus.

Dua bekas pemain Arsenal, Alex Song dan Johan Djorou serta bekas pemain Fulham, Patjim Kasami adalah antara pemain yang disahkan telah dipecat pihak kelab.

Liga Super Swiss sebelum itu telah ditangguhkan sejak 1 Mac lalu selepas pihak kerajaan tidak membenarkan perhimpunan awam melebibihi 1,000 orang.

Sion kini menduduki tangga ke-8 dari kalangan 10 pasukan, dan hanya mempunyai kelebihan empat mata dari zon penyingkiran.

Malah kelab itu masih perlu beraksi di dalam 13 perlawanan selepas jika liga disambung kembali.

Enam pemain lain yang turut menerima nasib sama adalah kapten pasukan Xavier Kouassi, Seydou Doumbia, Ermir Lenjani, Mickael Facchinetti, Christian Zock dan Birama Ndoye.

Tidak boleh dinafikan penangguhan saingan domestik di seluruh eropah telah menjejaskan kewangan kelab-kelab bola sepak, terutamanya kelab kecil.

Song menyertai Arsenal pada 2005 dan menjadi pemain utama di bawah kendalian Arsene Wenger pada permulaan 2010, dan beraksi bersama kelab London itu sehingga 2012 sebelum berhijrah menyertai Barcelona.

Djorou pula beraksi selama 10 musim sejak 2004 untuk The Gunners, dan tampil dalam lebih 80 perlawanan untuk kelab London itu. selain merupakan pemain antarabangsa Switzerland.

Baca artikel lain kami mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN