Bekas pemain muda Arsenal, Sanchez Watt dilayangkan kad merah oleh pengadil atas sebab yang dianggap melucukan oleh sesiapa sahaja.
Watt yang kini beraksi untuk Hemel Hempstead di National League South, dilayangkan merah oleh pengadil perlawanan Dean Hulme ketika aksi menentang East Thurrock.
Dalam perlawanan yang berlangsung pada malam Selasa lalu, Watt terlebih dahulu dilayangkan kad kuning oleh Hulme setelah bertindak menyepak bola ketika perlawanan dihentikan.
The phantom red card at @hemelfc
This seemed to happen:
The Ref asks Sanchez Watt for his name.
Watt gives it repeatedly but the ref hears it as ‘What? What?’
The ref shows him a red for dissent.
Parkes explains to the ref who rescinds the card.
@NonLeagueCrowd @HemelFans pic.twitter.com/z14PtEcGJZ
— Ollie Bayliss (@Ollie_Bayliss) 6 March 2018
Ketika Hulme bertanyakan nama beliau, pemain yang bersama Arsenal selama empat musim tersebut menjawab: “Watt, Watt.”
Namun demikian pengadil perlawanan menyangkakan pemain tersebut telah memberi jawapan bernada sarkastik yang cuba melawan keputusan kad kuning tersebut, dengan tanggapan jawapan tersebut sebagai: “What? What? (Apa? Apa?)”.
Disebabkan kekeliruan tersebut, Hulme bertindak melayangkan kad kuning kedua terhadap Sanchez Watt atas sebab mempersoalkan keputusan pengadil.
Insiden tersebut mengundang campurtangan kapten pasukan Hemel Hempstead, Jordan Parkes yang terpaksa menerangkap kepada pengadil mengenai salah faham yang terjadi.
Hulme kemudiannya memanggil Watt kembali masuk ke padang permainan untuk menarik balik kad merah yang dilayangkan.
Sanchez Watt kemudiannya membantu pasukannya untuk memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan terebut.
Tindakan pengadil perlawanan tersebut kemudiannya mendapat respon oleh Watt melalui media sosial dengan kenyataan, “Berhenti bermain dengan nama saya. Saya tidak akan mengulangi menyebut perkara yang sama lagi,” tulis Watt dengan hashtag #PutSomeRespekOnMyName.
Stop playing with my name I ain’t gon say it no mo’ ?… #PutSomeRespekOnMyName All ? of yall ? #Watt pic.twitter.com/nX0mRO971X
— Sanchez Watt ? (@sanchezwatt) 7 March 2018
Selain daripada Arsenal, Watt turut pernah didaftarkan sebagai pemain di Southend United, Leeds, Sheffield Wednesday, Crawley Town dan Colchester United sebelum menyertai Hemel Hempstead.
Pemain ini turut pernah tampil untuk skuad kebangsaan England untuk skuad peringkat umur B-16, B-17, dan B-19. Namun Sanchez Watt tidak pernah memenuhi potensi sebenar yang dijangkakan daripada beliau.