Bekas pemain tengah Azizan Baba, 41 tahun, meninggal dunia pada pagi ini.
Azizan yang turut pernah menyarung jersi Johor FC pada satu ketika dahulu menderita kanser pangkal paha.
Selain Johor FC, Azizan pernah mewakili Sarawak (2012-2013) dan Pulau Pinang (2014) serta Melaka mula menghidap penyakit kritikal itu sejak Ogos 2020 yang lalu hanya disebabkan berpunca daripada hamstring selepas bermain bola sepak dalam aksi persahabatan bersama bekas pemain skuad Hang Tuah.
Bersama kita doakan kesihatan bekas pemain bolasepak Melaka, Azizan Baba yang dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Kami di Melaka United FC sentiasa mendoakan semoga kesihatan Azizan kembali stabil dan pulih sediakala.#PrayforAzizanBaba pic.twitter.com/wm7mPYvqUD
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) March 21, 2022
Semalam, Melaka United sempat memberi kemaskini semasa Azizan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospitral Melaka.
Sejak disahkan menghidap penyakit tersebut, Azizan sebelum ini dilaporkan telah menjalani beberapa siri pembedahan dalam usaha beliau untuk pulih daripada penyakit tersebut.
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un , Tenanglah Disana The Kapitan Azizan Baba
Captain Azizan Baba baru saja menghembus nafas terakhir tadi . Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah 🤲🏻
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . pic.twitter.com/zv6uMFlkZR
— Ultras Panthers (@UltrasPanthers) March 22, 2022
Keadaan kesihatannya bagaimanapun semakin terjejas pada tahun ini.
Kali terakhir Azizan terlibat di dalam bola sepak adalah selaku jurulatih bola sepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang beraksi di Liga M3 sebelum ini.
Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan anak berusia dua tahun sehingga 15 tahun.