Seperti biasa selepas pasukan mereka kalah, penyokong Arsenal akan berpecah-belah.
Biasanya penyokong Arsenal akan terbahagi kepada 2 golongan selepas kalah – golongan #InWengerWeTrust dan golongan #WengerOut.
Salah seorang anggota kempen #WengerOut sejak 2010 yang terkenal adalah Piers Morgan – penyokong tegar Arsenal, wartawan dan personaliti TV di Amerika Syarikat dan England.
Morgan pernah menjadi juri rancangan realiti TV Britain’s Got Talent, America’s Got Talent dan kini mengacara rancangan Good Morning Britain.
Kerap bergaduh
Bagi penyokong Arsenal dari kem #InWengerWeTrust, Piers Morgan adalah contoh penyokong Arsenal yang tak digemari oleh mereka.
Morgan kerap mengkritik Wenger, polisi pengurusan dan pemain-pemainnya setiap kali Arsenal kalah.
Sebagai penyokong, apa yang dilakukan oleh Morgan adalah perkara normal.
Tetapi apa yang membuatkan Morgan mempunyai banyak musuh daripada kalangan penyokong Arsenal sendiri adalah, beliau tidak segan-silu untuk bergaduh dengan mereka di Twitter.
Terbaru selepas kekalahan 0-1 Arsenal kepada Chelsea di Emirates Stadium semalam, Morgan bergaduh di Twitter sekali lagi. Kali ini dengan ikon dan bekas kapten Arsenal, Kenny Sansom.
Desak Arsenal untuk membeli
Semuanya bermula dengan tweet yang ditulis oleh Piers Morgan semalam yang bermaksud:
“(Saya) masih marah dengan apa yang berlaku semalam (kalah 0-1 kepada Chelsea). Keputusan Wenger mengeluarkan Giroud adalah teruk & leterannya tentang Costa (di media) adalah lebih teruk.” (sumber)
Beliau kemudiannya menyambung:
“Wenger berceramah tentang kekuatan mental (pemain Arsenal). Padahal kita perlukan kekuatan fizikal. Chelsea menewaskan kita dari segi fizikal semalam.” (sumber)
Tweet beliau kemudiannya dibalas oleh seorang penyokong Arsenal yang masih ingat beliau pernah berkata Giroud adalah ‘penyerang statik’.
Morgan mendedahkan sikap hipokritnya dengan menulis:
Giroud always puts a shift in & is the best centre-forward we have in the current squad. He HAD to stay on. https://t.co/4dz5gStJow
— Piers Morgan (@piersmorgan) January 25, 2016
Kemudian seperti biasa, Morgan akan ‘mendesak’ Arsenal supaya membeli pertahanan tengah laju, defensive midfield kuat dan penyerang bertaraf dunia, meskipun Arsenal sudah mempunyai Gabriel, Mohammed Elneny dan Wenger memberitahu tidak ada pasukan mahu menjual penyerang berkelas dunia mereka pada Januari.
Bergaduh dengan bekas kapten Arsenal
Tak cukup dengan itu, Piers Morgan terus menyerang penyokong Arsenal lain yang mempersoalkan kritikannya.
Kali ini, Morgan yang mempunyai 10 syer dalam Arsenal (bernilai RM825,000), mempersoalkan hak penyokong lain yang tidak mempunyai syer untuk memanggil Arsenal sebagai ‘kelab mereka’.
Actually, unless you also own 10 shares in Arsenal, it's more MY club than your club. So pipe down. https://t.co/hpbynV1Lfy
— Piers Morgan (@piersmorgan) January 23, 2016
Melihat tweet Morgan yang penuh sombong ini, bekas kapten dan bek kiri Arsenal, Kenny Sansom, bertanya kepada Morgan:
Does the fact I'm on the side of the stadium, captained them & played almost 400 times mean it's more my club? https://t.co/Idk1TH40lM
— Kenny Sansom (@KennySansom03) January 25, 2016
Morgan kemudiannya membalas soalan retorikal Sansom dengan jawapan ini:
“Memandangkan awak bermain untuk 8 kelab (termasuk Arsenal), awak tak boleh panggil Arsenal sebagai ‘kelab awak’.” (sumber)
Sebagai rekod, Sansom pernah bermain di Crystal Palace sebelum ke Arsenal. Kemudian beliau bermain di Newcastle, QPR, Conventry City, Everton, Brentford dan Watford.
“Saya rasa lucu bila dengar pemain bola yang bermain untuk 8 kelab merasakan Arsenal adalah ‘kelabnya’ berbanding penyokong yang sudah menyokong Arsenal selama 45 tahun,” tulis Morgan lagi. (sumber)
Menyedari Morgan takkan beralah, Sansom yang mempunyai 400 penampilan bersama Arsenal mengingatkan Morgan bahawa semua penyokong Arsenal adalah sama. Tak kiralah sama ada mereka mempunyai syer atau tidak.
I'm proud to call @Arsenal my club. Along with millions of other people. I'll never forget my time as a gunner. https://t.co/d62dD7WHST
— Kenny Sansom (@KennySansom03) January 25, 2016
Baca juga: Kerana Kawan, Lelaki Ini Sanggup Melupakan Leeds & Mula Menyokong Arsenal