Masalah kecederaan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan semakin meruncing dan ia sudah tentu menimbulkan kebimbangan kepada pengurus semua pasukan yang semakin terhimpit dengan ketiadaan pemain utama.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Premier Injuries, musim ini sahaja 103 kecederaan dicatat dalam saingan EPL walaupun baru lapan perlawanan sahaja berlangsung setakat ini di mana berlaku peningkat 16% berbanding tempoh yang sama pada musim lepas.
Menurut bekas fisioterapis Arsenal dan England, Gary Lewin, beberapa faktor menjurus kepada peningkatan kecederaan pemain seperti kurangnya persiapan pra-musim dan jadual perlawanan yang terlalu padat.
Currently 99 players injured in the Premier League alone 😳
Dejan Lovren
🗣People wondering why there is so many injuries, it’s simple. Too many games, impossible to recover… No proper time off, (personally I had only 8 days off) no proper pre-season and the crazy schedule!! pic.twitter.com/2ujgGrcBVJ— Pundit Bet (@PunditBet1) November 13, 2020
Manusia bukan robot
“Sekiranya mereka [pemain] tidak pulih sepenuhnya daripada perlawanan sebelumnya, maka mereka akan mengalami keletihan dan kecederaan akan mudah berlaku kerana otot tidak mendapat rehat yang cukup,” ujar Lewin kepada BBC.
“Ini kerana jika otot kamu terlalu letih dan kami memaksa mereka untuk bekerja lagi, maka otot itu tidak mampu lagi manahan bebanan dan akan mengalami kecederaan.”
Jadual padat tersebut berlaku ekoran permulaan musim 2020/21 yang dilewatkan kerana musim lepas yang terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.
Ia ditambah pula dengan bebanan pemain yang mana pasukan mereka beraksi dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (UEL) selain perlu memberi komitmen kepada tugasan antarabangsa.
https://twitter.com/Matchday365/status/1326984451302232064?s=20
Kembali perkenalkan lima pertukaran?
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bersama rakan sejawatnya di Manchester City, Pep Guardiola secara terbuka meminta pihak EPL agar membuat rombakan jadual selepas pertembungan antara kedua-dua pasukan tersebut pada Ahad lalu.
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer pula mempertikaikan jadual yang menyaksikan pasukannya perlu beraksi berdepan Everton pada Sabtu selepas anak buahnya baru sahaja pulang dari tugasan UCL di Turki pada Khamis pagi.
Klopp, Guardiola dan Solskjer bersama beberapa pengurus lain seperti Frank Lampard dan David Moyes mencadangkan agar EPL kembali memperkenalkan peraturan lima pertukaran pemain bagi setiap perlawanan bagi mengatasi masalah kecederaan yang lebih serius pada masa akan datang.
Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif EPL Richard Masters mengatakan sukar untuk melaksanakan langkah tersebut selepas dua kali undian yang memerlukan 14 kelab menyokong peraturan tersebut diperkenalkan telah gagal.
Should the Premier League return to five substitutions?⚽️
West Ham manager David Moyes thinks so🤔
👉 https://t.co/UibLPxeudU pic.twitter.com/f2rVQvUkFB
— BBC Sport (@BBCSport) November 6, 2020
Difahamkan sebelum ini hanya 11 pasukan sahaja yang bersetuju dengan peraturan lima pertukaran pemain sementara lima kelab lagi merasakan peraturan tersebut hanya memberi kelebihan kepada kelab-kelab utama.
Kebanyakan liga utama di Eropah masih mengekalkan peraturan lima pertukaran pemain sejak dibenarkan oleh FIFA sebelum ini. Adakah EPL juga akan mengambil langkah yang sama demi kebajikan pemain liga tersebut?
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Andy Robertson Mengadu Alami Kecederaan Hamstring Ketika Bantu Scotland
Son Heung-min: Saya Masih Belum Layak Digelar Pemain Hebat EPL