Son Heung-min: Saya Masih Belum Layak Digelar Pemain Hebat EPL

Son Heung-min

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min tanpa berselindung mengakui bahawa dirinya masih belum layak untuk tergolong sebagai antara pemain terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kelahiran Gangwon, Korea Selatan itu sedang menikmati prestasi hebat pada ketika ini apabila berjaya meledakkan lapan gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam lapan perlawanan dilaluinya dalam kempen EPL musim.

Kombinasi hebatnya bersama Harry Kane menyaksikan 15 daripada 19 jaringan yang dihasilkan oleh Tottenham Hotspur dalam aksi liga telah disumbangkan oleh kedua-dua pemain tersebut. Keadaan itu juga meletakkan skuad kendalian Jose Mourinho tersebut di tangga kedua liga selepas mengumpul 17 mata hasil lima kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan .

Meskipun menikmati permulaan hebat pada permulaan saingan ini, Son masih merendah diri dan melihat kualiti yang ada padanya masih belum layak untuk melabelkannya sebagai pemain hebat.

”Saya sedikit pun tidak pernah terfikir bahawa diri saya termasuk dalam senarai pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris,” ujar Son menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Sejujurnya, saya sama sekali tidak pernah memikirkan tentang perkara tersebut pada ketika ini.”

”Saya selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik buat Tottenham dan juga bersama skuad kebangsaan [Korea Selatan], serta cuba untuk membuktikan kemampuan saya.”

”Saya merasakan sesuatu yang amat berbeza apabila bermain untuk skuad kebangsaan dan juga bersama Spurs.”

”Kami akan mempersiapkan diri dengan baik sehingga kami mampu untuk beraksi dengan sebaik mungkin dalam usaha untuk menghiburkan para penyokong kami,” tambah Son lagi.

Son yang menyertai Tottenham Hotspur pada Ogos 2015 daripada Bayer Leverkusen dengan yuran perpindahan bernilai  £22 juta telah menjaringkan 58 gol dan mencipta 35 bantuan jaringan dalam saingan EPL [sehingga artikel ini ditulis].

Kredit featured image: Lindsey Parnaby – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Song Heung-min:

Son Heung-Min Pemain Terbaik Dari Asia Di Ballon d’Or 2019

Son Heung-min Tamatkan Latihan Ketenteraan Sebagai Pelatih Terbaik

EPL 2020/21: Jaringan Tunggal Son Heung-min Pastikan Burnley Terus Tertekan

Leave a Reply