Bekas Bintang Liverpool Ini Berpendapat Fabregas Tidak Layak Bergelar Legenda Di Chelsea

Berita perpindahan Cesc Fabregas dari Chelsea ke Monaco mengundang kisah sedih di permulaan tahun 2019 buat peminat setia The Blues.

Selama empat tahun Fabregas di Stamford Bridge, beliau telah membuat penampilan sebanyak 197 kali selain berjaya membantu kelab itu menjulang empat trofi kejuaraan utama- dua trofi Liga Perdana Inggeris (2015,2017), Piala FA (2018) dan Piala Liga (2015).

Tarik perhatian John Barnes

Perpindahan Fabregas dari Stamford Bridge, turut mendapat perhatian bekas pemain dan legenda Liverpool, John Barnes.

Walaupun perpindahan Fabregas dari Stamford Bridge diratapi oleh segelintir penyokong Chelsea, Barnes berpendapat bekas pemain Barcelona itu sebenarnya tidak setaraf gelaran legenda di Chelsea.

Sebaliknya, Barnes berkata, Fabregas adalah legenda bagi Arsenal yang merupakan kelab pertama diwakili oleh pemain itu di England.

Legenda The Gunners

Tanpa mengambil kredit dari pemain tersebut, Barnes berpendapat Fabregas merupakan pemain penting untuk setiap pasukan yang diwakilinya, termasuklah Chelsea.

Namun begitu, Barnes percaya jasa Fabregas akan lebih diingati ketika beliau beraksi bersama dengan Arsenal ketika era Arsene Wenger.

“Dia adalah pemain Arsenal, dia seorang legenda Arsenal. Dia bukan legenda Chelsea,” kata Barnes bercakap kepada beIN SPORTS seperti yang dilaporkan oleh Talksport.

“Fabregas sudah di sana [bersama Chelsea] selama empat tahun. Beliau belum pernah diketepikan [sebelum ini] dan sentiasa bermain dari minggu demi minggu. Ya, ia lebih bagus untuk beliau pergi [tinggalkan Chelsea] sekarang.”

Fabregas merupakan salah seorang ‘perintis’ era kegemilangan Arsenal dibawah pengendali Arsene Wenger.

Beliau meninggalkan Barca di usia 16 tahun untuk menyertai Arsenal. Bagaimanapun, sepanjang 9 tahun berbakti di Emirates, Fabregas hanya berjaya membantu skuad Arsene Wenger menjuarai tiga trofi – Piala FA (2005) dan dua Piala Perisai Komuniti (2004,2005).

Fabregas
(Photo by Michael Regan/Getty Images)
Pemain penting

Dalam pada itu, bekas penjaga gawang skuad kebangsaan England, Paul Robinson turut sempat mengulas mengenai Fabregas.

Senada dengan pendapat yang dilontarkan Barnes, Robinson turut menganggap Fabregas sebagai pemain penting di setiap pasukan yang diwakili.

Robinson dipetik sebagai berkata, “Dia sudah menjadi pemain yang sangat-sangat penting bagi negaranya selama bertahun-tahun, [dan] untuk Arsenal, Barcelona dan Chelsea.”

“Itu bukan CV (biografi) buruk untuk dia.” kata Robinson.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN