Bekas Bintang Liverpool Dikaitkan Dengan Identiti Sebenar Penyanyi Rap ‘Viral’

Penyanyi rap Inggeris, DIDE kini merupakan antara bintang yang paling mencuri tumpuan apa lagi selepas beliau mengeluarkan lagu terbarunya yang berjudul ‘Thrill’ dan turut mengakui bahawa beliau merupakan pemain bola sepak yang beraksi dalam saingan Premier League.

Lagu tersebut pada ketika ini sudah berjaya memperoleh lebih dari 850,000 tontonan dan dek kerana beliau dianggap artis viral, maka ia menarik perhatian peminat untuk mencari tahu siapa identiti sebenar beliau.

DIDE merupakan artis rap yang memakai topeng dan jelas sekali beliau telah menyembunyikan siapa identiti dirinya yang sebenar.

Dan memandangkan beliau telah memberi tanda-tanda kepada peminat tentang identitinya yang sebenar, maka ramai pemain-pemain bola sepak yang dikaitkan dengan identiti sebenar penyanyi viral itu.

Antara nama-nama yang dikaitkan dengan DIDE adalah seperti Eddie Nketiah dengan peminat mengaitkan bintang Arsenal itu kerana nama Dide itu sendiri datangnya dari Eddie.

Ada juga peminat yang percaya identiti sebenar penyanyi rap itu adalah Wilfried Zaha dan ramai juga yang mengaitkan bintang baru Chelsea, Noni Madueke sebagai identiti sebenar DIDE.

Pemain-pemain tersebut dikaitkan dengan penyanyi rap itu kerana latar belakang muzik video beliau menunjukkan yang beliau berada di London.

Segelintir peminat percaya DIDE merupakan pemain Arsenal dek kerana bait-bait dalam lirik itu ada menyatakan, ‘pasukan saya kekal menang’ dan ‘Setiap perlawanan umpama perlawanan akhir’, yang menunjukkan ia seolah-olah perjuangan Arsenal mahu merampas gelaran liga dari Man City.

Dek kerana terlalu ramai yang sangat berminat mahu mengetahui siapa sebenarnya DIDE, maka syarikat judi juga tidak terlepas memperjudikan hal tersebut.

Ramai yang bertaruh bahawa beliau adalah Nketiah, dengan Alex Iwobi berada dikedudukan kedua, diikuti oleh Bukayo Saka dan ditempat keempat adalah Ashley Young.

Agak mengejutkan juga untuk melihat ada peminat yang bertaruh bahawa Trent Alexander Arnold adalah identiti sebenar DIDE.

Namun begitu, hasil kajian terperinci yang dilakukan oleh seorang peminat, beliau sepertinya sudah berjaya mengesan siapa sebenarnya identiti sebenar penyanyi rap yang juga pemain bola sepak profesional itu.

Kajian tersebut mendapati identiti sebenar DIDE adalah bekas wonderkid Liverpool, Sheyi Ojo, dan jika diteliti kajian tersebut, ia sepertinya agak masuk akal untuk dipercayai.

Peminat tersebut mengesan yang tattoo di lengan DIDE sama persis seperti tattoo yang dimiliki oleh Ojo dan beliau turut yakin rambut kedua-dua individu itu sama.

Dek kerana terlihat sedikit kesan rambut DIDE yang terkeluar dari topengnya, maka peminat tersebut telah membandingkannya dengan rambut milik Ojo.

Dakwaan itu agak masuk akal kerana bukti-bukti yang dilampirkan sepertinya lebih meyakinkan berbanding teori-teori lain di media sosial.

Namun begitu, seandainya ia benar, maka DIDE sebenarnya tersilap beri tanda-tanda dengan beliau sepatutnya mendedahkan yang dirinya pernah beraksi dalam saingan Premier League dan bukannya sedang.

Hal ini kerana beliau kini sedang beraksi bersama kelab dari saingan Championship, Cardiff City dan bukanlah dalam saingan Premier League.

Satu lagi fakta yang mungkin sedikit bercanggah adalah usia beliau dengan Ojo kini berusia 25 tahun, sementara DIDE di dalam lagunya beliau mendedahkan bahawa dirinya baru berusia 23 tahun.

Satu hal yang paling pasti, DIDE merupakan pemain yang berasal dari Hemel Hempstead yang mana ia merupakan sebuah bandar yang terletak di London.

Ojo meninggalkan Liverpool pada musim panas yang lalu selepas beliau membuat 13 penampilan bersama skuad utama The Reds selama tiga musim.

Pemain sayap itu hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam saingan liga bersama Cardiff sepanjang musim ini dan sepertinya andai beliau adalah DIDE, maka jelas sekali beliau ada karier baru yang boleh menjamin masa depannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN