‘Bebas Kecederaan’ – Darren Lok Anggap Ini Musim Terbaik Beliau Bersama PJ City

Nama Darren Lok bukan lagi sesuatu yang asing lagi dalam arena bola sepak tempatan sejak beberapa musim ini selaku salah seorang penyerang berbisa tempatan.

Tatkala ramai penyerang tempatan lain sukar untuk mendapat tempat beraksi kerana posisi tersebut rata-rata diisi oleh pemain import, tampil Darren Lok yang mendapat ruang serta minit permainan mencukupi untuk bermain.

Pada perlawanan baru-baru ini dalam saingan Liga Super, Darren sekali berjaya mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak negara menerusi jaringan tunggal beliau yang berjaya membantu Petaling Jaya City (PJ City) meraih kemenangan untuk mengatasi Selangor.

Berdasarkan persembahan semasa beliau bersama pasukan, Darren layak diangkat selaku penyerang tempatan terbaik dalam negara ketika ini.

Jelas Darren, beliau akui merasa sangat gembira kerana nasib dilihat menyebelahi dirinya apabila pemain tersebut tidak lagi dihantui masalah kecederaan berpanjangan.

Oleh itu, beliau dapat menikmati lebih banyak minit permainan bersama pasukan untuk beraksi serta mengekalkan prestasi dirinya ketika ini.

“Musim ini menjadi antara detik terbaik saya kerana dapat beraksi lebih kerap dengan tidak banyak ditimpa kecederaan dan mampu menjaringkan sepuluh gol secara keseluruhan (dua gol di Piala FA).

“Biarpun musim ini tidak banyak mendapat bantuan bagi menjaringkan gol tetapi saya dapat memanfaatkan segala peluang yang ada serta mematangkan lagi corak permainan saya.

“Saya ada sasaran berapa jaringan yang mahu dilakukan tetapi saya mahu rahsiakan untuk diri sendiri, maaf saya tidak boleh beritahu buat masa ini.

“Selain itu, saya rasa berada dalam landasan yang betul dan harap prestasi ini dapat diteruskan dalam satu jangka masa panjang kerana saya mahu terus dipanggil dalam skuad kebangsaan terutama perlawanan persahabatan pada pada September nanti selain Piala Asia dan Piala AFF,” katanya menerusi MFL.

Darren menghadapi situasi yang sangat sukar musim lalu apabila beliau tidak dapat beraksi dalam 13 perlawanan Liga Super kerana mengalami kecederaan agak serius, serta hanya mampu meledak enam gol secara keseluruhan.

Untuk rekod semasa pada tahun ini, Darren sebenarnya sudah pun meledak 10 gol keseluruhan termasuk dalam saingan Piala FA.

Namun untuk aksi Liga Super pula, beliau ketika ini sudah meledak lapan jaringan untuk berada di tangga kelima penjaring terbanyak di belakang Bergson da Silva, Fernando Forestieri, Herlison Caion, serta Ronald Ngah Wanjah.

Penyerang kebangsaan itu juga mengakui sangat lega dengan keputusan positif tersebut baru ini, setelah sebelum itu PJ City langsung tidak mencatat sebarang kemenangan dalam 13 perlawanan dihadapi.

Darren juga berharap menerusi keputusan tersebut ia dapat melonjakkan lagi semangat rakan sepasukan untuk memburu kemenangan seterusnya serta sekali gus, memperbaiki carta liga.

“Tiga mata yang sangat penting kepada pasukan ditambah kami berjaya lakukannya ke atas pasukan jiran, Selangor serta menamatkan penantian kemarau kemenangan sejak sekian lama.

“Sebenarnya dalam beberapa perlawanan sebelum ini kami boleh menang tetapi rezeki tidak memihak kepada kami apabila banyak mencatatkan keputusan seri.

“Musim lalu, kami menamatkan cabaran di tangga ketujuh dan sudah tentu dari musim ke musim, kami mahu perbaiki kedudukan liga dan sasaran kali ini untuk berada di pertengahan liga.

“Berbaki lima perlawanan lagi, saya rasa PJ City masih berpeluang cuma cabaran musim ini saya lihat lebih sukar kerana pasukan-pasukan lain punyai kualiti pemain yang semakin baik terutama pemain import.

“Namun, kami cuba untuk berikan saingan dan harap kemenangan ini dapat membangkitkan kembali semangat PJ City kerana masih ada kesempatan untuk mendaki carta liga.”

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN