Mora Antara Calon Pengendali Berkelas Dunia Bakal Sertai Liga Indonesia?

Saingan Liga 1 Indonesia pada musim ini boleh dikatakan agak menarik apabila dihiasi dengan beberapa pemain import bertaraf bintang serta paling utama, memiliki beberapa pengendali yang berpengaruh.

Misalnya ketika ini dalam kem Persija Jakarta, mereka berjaya mendapatkan bekas pengendali Borussia Dortmund iaitu Thomas doll untuk membawa dimensi baharu dalam pasukan.

Setakat ini, Doll dilihat berjaya merubah corak permainan Persija untuk tampil lebih berkualiti dan berdisiplin sehingga mendapat pujian para penyokong menurut Bola.com.

Doll sebelum ini juga berpengalaman mengendalikan beberapa lagi pasukan dari Eropah seperti APOEL, Hannover 96, serta beberapa lagi kelab lain.

Positifnya dengan kemasukan pengendali tersebut, mereka berjaya menarik beberapa pemain bintang di Eropah seperti Michael Krmencik yang pernah beraksi bersama Slavia Prague serta Ondrej Kudela.

Baru-baru ini, seorang lagi pengendali yang berkelas tinggi telah menyertai Indonesia iaitu Luis Milla Aspas yang telah pun sah bakal mengendalikan Persib Bandung.

Untuk info, Milla sebelum ini pernah mengendalikan skuad kebangsaan Indonesia serta berpengalaman menjadi jurulatih untuk skuad pembangunan Sepanyol.

Selain Doll dan Milla, dijangka akan ada lagi beberapa pengendali bertaraf bintang bakal menyertai saingan Indonesia yang dilihat ketika ini sangat kompetitif.

Benjamin Mora

Dengan usia yang masih boleh dianggap muda, Mora berjaya membawa reputasi yang sangat tinggi selaku pengendali profesional di Eropah.

Bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Mora berjaya membawa banyak kejuaraan bersama kelab tersebut selain kejayaan melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik saingan AFC Champions League (ACL).

Setakat ini Mora masih lagi belum menandatangani kontrak bersama mana-mana pasukan setelah tidak lagi mengendalikan JDT.

Sebelum itu ada ura-ura menyatakan Mora bakal membimbing Persib Bandung sebelum jawatan tersebut diberikan kepada Milla bagi menggantikan khidmat Roberts Albert.

Mario Gomez

Selain Mora, boleh dikatakan Gomez juga antara pengendali yang berjaya memberi impak besar buat JDT menerusi banyak siri kejayaan diberikan.

Gomez juga menjadi satu-satunya pengendali JDT yang berjaya memberikan kejuaraan saingan AFC pada tahun 2015 dan kekal sebagai kelab pertama dari Asia Tenggara menjuarai kejohanan tersebut.

Gomez juga mempunyai banyak pengalaman mengendalikan pasukan di Eropah seperti Mallorca serta Valencia selain pernah membimbing beberapa kelab dalam saingan Liga Indonesia.

Nama beliau juga baru-baru ini kembali disebut dalam kalangan penyokong Indonesia untuk kembali mewarnai liga tersebut bagi menggantikan jawatan ditinggalkan oleh Jackson F. Tiago bersama Persis Solo.

Rodrigo Santana

Pengendali yang berasal dari Brazil ini juga antara nama yang menjadi sebutan dalam kalangan penyokong Persib Bandung sebelum itu untuk menggantikan tempat Robert, sebelum diisi oleh Milla.

Rodrigo yang mempunyai pengalaman luas di Brazil selaku pengendali profesional dilihat sebagai calon sesuai berdasarkan rekod beliau sebelum itu.

Beliau mempunyai pengalaman untuk melatih pasukan besar sebelum itu seperti Atletico Mineiro, Coritiba, dan terkini bersama Confianca di saingan Serie B.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN