BBC Kongsi Kisah Darren Lok, Anggap JDT Setaraf Kelab EPL

Bola sepak Malaysia pernah mencuri tumpuan media antarabangsa kerana pelbagai sebab.

Antaranya adalah jaringan Faiz Subri yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas pada 2016.

Begitu juga jaringan pemain import Pahang, Herold Goulon yang dilakukan lebih dari separuh padang dalam perlawanan menentang Perak di separuh akhir Piala FA yang lalu.

Gelagat penyokong Perak dan Kedah yang melakukan ‘viking clap’ di perlawanan akhir Piala FA musim ini turut tidak ketinggalan mencuri tumpuan media antarabangsa – sebagai salah satu keunikkan sukan bola sepak di rantau ini.

Dari amatur ke profesional

Terbaru, ialah kisah Darren Lok yang tampil dalam satu temubual bersama media utama yang berpengkalan di Britain, BBC.

Dalam artikel tersebut, ia mengisahkan bagaimana karier bola sepak Darren bermula.

Hanya tiga tahun yang lalu, pemain campuran darah Inggeris-Malaysia ini bekerja di Hospital Psikiatri NHS, dan bermain bola sepak secara sambilan bersama Eastbourne Borough.

Ia juga mengisahkan bagaimana pertemuan Darren bersama bekas penyerang Sabah Scott Ollerenshaw, – kemudiannya bertindak sebagai ejen – sebelum Ollerenshaw membuka laluan untuk Darren memperolehi passport Malaysia menggunakan pertalian keluarga dari sebelah ayahnya.

Kita semua tahu bagaimana Darren kemudiannya menyertai JDT, dan merupakan sebahagian daripada pemain skuad Harimau Selatan yang beraksi di saingan Asian Champions League (ACL) pada musim ini.

JDT jadi tumpuan

Menariknya mengenai artikel dari BBC tersebut, ia juga membandingkan juara Liga Super enam kali berturut-turut itu setanding dengan beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL) sendiri.

Antara yang dinyatakan ialah JDT sebagai salah sebuah kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara, dan mempunyai pengikut yang lebih ramai berbanding beberapa kelab EPL yang lain.

JDT are the biggest club in Malaysia and one of the biggest in South East Asia. They have facilities and a following that could rival most Premier League teams and have 700,000 followers on social media platform Instagram.

Their growth and appearance in the Asian Champions League for the first time this year is largely down to their owner, Tunku Ismail Idris, who is a member of the royal family.

Untuk apa yang beliau telah lalui sehingga berjaya mewakili pasukan negara dalam beberapa pertandingan antarabangsa, Darren turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail.

Ini kerana usaha, misi dan visi baginda dalam memartabatkan JDT sebagai sebuah pasukan yang berjaya.

“He is the reason the club is where it is today,” says Lok, whose progress has been hampered by a series of injuries, which led to him being sent to a doctor – used by Manchester City – in Barcelona.

“The owner is extremely passionate and supportive, and has a great vision for the club moving forward. He is very well connected in the football world and is close friends with Peter Lim [owner of Valencia and co-owner of Salford City].

Darren turut berkongsi pengalaman beliau beraksi di saingan Liga Malaysia, dan sudah tentu pengalaman beliau di peringkat antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya.

Artikel dari BBC ini adalah satu lagi pengiktirafan kepada JDT dan bagaimana kelab yang sinonim dengan gelaran Harimau Selatan itu mengangkat bola sepak negara secara tidak langsung.

Secara tidak langsung ia adalah satu pengiktirafan bukan sahaja buat Darren atas usaha keras beliau, tetapi juga JDT sebagai sebuah kelab bola sepak yang dominan di negara ini.

Anda boleh membaca artikel penuh oleh BBC di https://www.bbc.com/sport/football/49693826

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN