Ianya bukanlah satu ahsia yang asing lagi apabila Bayern Munich akan mendapatkan pemain atau pengurusan handalan dari musuh Bundesliga mereka sendiri.
Terkini, mereka cuba mendapatkan Julian Nagelsmann sebagai pengganti Hansi Flick yang dijangka bakal menamatkan khidmatnya sebagai pengurus musim ini.
Menurut laporan Goal, proses lamaran untuk mendapatkan pengurus muda tersebut sudah pun dimulakan. Namun begitu, RB Leipzig jelas sekali tidak mudah untuk melepaskan Nagelsmann.
Hal ini kerana, kelab tersebut meminta yuran perpindahan sebanyak €30 juta untuk melepaskan Nagelsmann ke Bayern.
Jika permintaan itu berjaya dipenuhi, ia akan menjadikan Nagelsmann pengurus termahal di dunia.
Walaupun nilai itu begitu besar untuk seorang pengurus dan kemungkinan Bayern akan teragak-agak untuk memenuhinya, tetapi dijangka Nagelsmann tetap akan ke Allianz Arena kerana beliau adalah calon utama menggantikan Flick.
Perkembangan mengenai situasi Nagelsmann dan Bayern ini pastinya menarik kerana jika ianya menjadi realiti, tumpuan akan tertumpu kepada Leipzig yang perlu mendapatkan pengganti baharu.
Sebelum ini, Flick menegaskan beliau akan meninggalkan Bayern selepas menghadapi hubungan yang sukar bersama pengarah Hasan Salihamidzic.
Baca juga artikel kami mengenai Julian Nagelsmann:
Nagelsmann: Leipzig Jangan Risau, Saya Tak Berminat Nak Ke Dortmund
Nagelsmann: Lewandowski Tak Perlu Berlatih, Hanya Fokus Kekalkan Kecergasan