Bayern Munich yang seperti semua tahu merupakan gergasi Jerman mengumumkan akan membantu sebuah kelab amatur di Jerman dengan bantuan dana.
FC Teutonia yang merupakan sebuah kelab amatur di Jerman mengalami nasib malang apabila rumah kelab mereka atau club house hangus dijilat api baru-baru ini.
Bayern Munich akan memberikan bantuan dari segi bantuan kewangan kepada kelab tersebut untuk membantu kelab tersebut kembali membina semula rumah kelab mereka yang hangus terbakar.
Memberikan bantuan kewangan kepada kelab bola sepak lain di Jerman bukanlah perkara yang asing buat Bayern Munich.
Sebelum ini, Bayern Munich pernah membantu Borrusia Dortmund daripada hampir muflis apabila memberikan bantuan kewangan kepada kelab mereka untuk memastikan kelab itu terus ‘hidup’.
FC Teutonia merupakan sebuah kelab amatur yang terletak di kawasan Munich di Jerman.
Kelab tersebut ditubuhkan pada November 1905 dan bermain di liga divisyen daerah Munich.
Baca juga: Neymar Bakal Hadapi Hukuman Mahkamah Selepas Rayuan Kes Perpindahannya Gagal