Bayern Munich Tangkap Ancelotti Merokok, Diberikan Amaran Keras

Carlo Ancelotti sudah diberikan amaran oleh Bayern Munich untuk tidak merokok di mana-mana kawasan di kompleks Bayern Munich termasuk pusat latihan dan kawasan pejabat.

Ianya pasti satu larangan yang sukar untuk Carlo kerana beliau adalah perokok tegar. Kompleks latihan dan pejabat Bayern Munich sangat besar. Untuk merokok beliau perlu keluar ke bandar.

Ancelotti dipanggil oleh Pengarah Kelab, Hasan Salihamidzic yang memberikan amaran tentang perkara itu. Jadi, selepas ini, Ancelotti akan dikenakan tindakan disiplin jika ditangkap merokok di kawasan larangan.

Salihamidzic memberitahu Sky Sports:

“Saya memberitahu Carlo agar tidak merokok di sekitar kawasan kelab. Sudah tentu dia menerimanya dengan terbuka kerana dia seorang profesional sejati.”

Ancelotti mengakui dia tahu akan peraturan ketat dan etika semua pegawai yang bertugas di Bayern Munich dan meminta maaf.

Ancelotti mengakui dia suka dengan larangan itu. Ini kerana beliau berpendapat larangan itu akan membantu beliau mengawal ketagihan kepada rokok dan ia baik untuk kesihatan beliau.

Dengan nada yang agak kelakar, Ancelotti memberitahu, isterinya antara orang yang paling gembira mendengarnya.

“Peraturan ini bagus untuk saya dan kesihatan saya. Isteri saya paling gembira mendengarnya.”

Sumber

Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4802300/Bayern-Munich-boss-Carlo-Ancelotti-banned-smoking.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN