Untuk Kali Ketiga, Cubaan Barcelona Dapatkan Philippe Coutinho Ditolak Liverpool!

Beliau bukan untuk dijual.

Liverpool sekali lagi menolak bidaan dari Barcelona untuk pemain utama mereka iaitu Philippe Coutinho.

Menurut sumber di England, Liverpool telah menolak bidaan Barcelona untuk kali yang ketiga dengan jumlah yang lebih besar iaitu sebanyak £114 juta.

(Photo by Matteo Ciambelli/NurPhoto via Getty Images)

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata menafikan laporan dari Barcelona yang mengatakan kelab tersebut sudah hampir pasti mendapatkan pemain Brazil itu.

Kenyataan itu hasil dari pengurus besar Barcelona sendiri iaitu Pep Segura yang mengatakan perpindahan Coutinho dan Ousmane Dembele ke Barcelona hampir selesai.

“Saya tak tahu apa yang mereka katakan, tetapi Coutinho akan kekal di Liverpool.”

“Saya tak tahu pasal mereka. Dan ikutkan saya tak kenal siapa Segura itu, jumpa pun tak pernah.”

Coutinho belum lagi beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool pada musim ini akibat kecederaan belakang yang dihadapinya.

Beliau terlepas perlawanan pembukaan Premier League menentang Watford dan juga perlawanan kelayakan UEFA Champions League menentang Hoffenheim.

Beliau juga dikatakan bakal terlepas perlawanan pertama Liverpool di Anfield menentang Crystal Palace minggu ini.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Philippe Coutinho: Liverpool reject third Barcelona bid for Brazil midfielder; http://www.bbc.com/sport/football/40979106

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN