Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sekali lagi dikaitkan dengan Bayern Munich selepas kelab Bundesliga itu bersedia untuk mencari pengganti Hansi Flick yang dikatakan calon utama untuk jawatan ketua jurulatih skuad Jerman menggantikan Joachim Low.
Tidak dapat disangkal lagi, nama Flick telah melonjak setelah mencipta fenomena luar biasa sejak mengambil alih Bayern pada November 2019 dan membawa kelab tersebut menjuarai enam kejuaraan pada musim lepas.
Secara dasarnya, selepas apa yang dicapai sejak kebelakangan ini, tidak mungkin pihak pengurusan Bayern mahu mendapatkan pengurus baharu, tetapi beberapa sumber mendedahkan jurulatih berusia 56 itu berminat untuk membimbing Die Mannschaft.
Kemudian timbul juga ura-ura mengatakan berlaku ketegangan hubungan Flick dengan Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihalimidzic yang memerlukan salah seorang dari mereka meninggalkan Allianz Arena.
Hansi Flick could leave Bayern Munich this summer. He doesn't have a good relationship with Hasan Salihamidžić, the club's sporting director and could be tempted by the German national team. (Source: BILD) pic.twitter.com/Ds9c92ikiA
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 27, 2021
Flick bukanlah individu yang asing dengan pasukan negaranya. Beliau telah menjadi pembantu Joachim Low selama lapan tahun bermula 2006 hingga 2014 dan kemudian dilantik sebagai pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) sehingga 2017.
Dengan itu, Bayern menjadikan Klopp sebagai pilihan utama dan bersedia untuk mengemukakan tawaran membimbing pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak negara kelahirannya itu.
Klopp telah mengubah nasib Liverpool dari sebuah pasukan yang terumbang ambing kepada pasukan yang disegani dengan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk menjulang kejuaraan liga.
Namun kini beliau tentunya kecewa selepas berdepan dengan penurunan prestasi The Reds pada musim ini disebabkan krisis kecederaan pemain pertahanan dan gagal menyaingi Chelsea dalam usaha untuk mendapatkan Timo Werner.
Hansi Flick as Germany coach?
Klopp: "I can imagine, yeah. But to be honest Hansi is in his second year managing Bayern. He's doing an extraordinary job, it's a great club. He's not so old. I think that he would like to continue working at Bayern, but I don't know" [@SPORTBILD] pic.twitter.com/lJYAuONLNI— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) March 17, 2021
Ia disusuli dengan kegagalan pihak pengurusan kelab mengekalkan tunjang utama pasukan seperti Giorginio Wijnaldum yang enggan menyambung kontrak baharu.
Sebelum ini beliau telah menolak kemungkinan untuk membimbing skuad kebangsaan Jerman. Oleh itu, ia merupakan peluang buat Bayern untuk sekali lagi mengetuk pintu bagi melamarnya kerana Klopp tidak pernah menyembunyikan keinginannya untuk menyertai Bayern.
Beliau pernah ditemuduga untuk jawatan pengurus kelab itu pada 2008, tetapi tewas kepada Jurgen Klinsmann – keputusan yang diakui oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Bayern, Karl-Heinz Rummenigge sebagai salah satu penyesalan terbesar.
Kontrak semasa Klopp bersama Liverpool akan berakhir pada musim panas 2022. Segalanya kini terletak di tangan jurulatih berusia 53 tahun itu untuk membuat pilihan terbaik untuk masa depan kariernya.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jurgen Klopp dan Bayern Munich:
5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool
Liverpool, Chelsea Berputih Mata, Ini 5 Sebab Kenapa Upamecano Pilih Bayern Munich