Jawapan Mohamadou Sumareh mengenai siapa idola beliau telah mendapat reaksi balas daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang memberi amaran kepada dirinya.
Menurut TMJ, jangan sesekali untuk memodek kerana dirinya tetap akan ditendang keluar nanti.
Tatkala jawapan pemain lain memberi nama pemain bola sepak namun Sumareh memilih jawapan selamat dengan harapan ia akan mendapat pujian daripada TMJ.
Namun begitu, apa yang terjadi sebaliknya pula apabila dirinya telah menerima amaran keras daripada pemilik Harimau Selatan itu.
Ini pasti akan membuatkan dirinya insaf seketika dan tidak akan lagi memberi jawapan sama jika ditanya soalan sama selepas ini.
Mungkin niat pemain berusia 29 tahun ini hanya sekadar bergurau atau juga mungkin diri ingin terus kekal di dalam pasukan agar tidak dijual atau dipinjamkan ke mana-mana pasukan lain.
Nama Sumareh cukup besar dan ketika bersama Sri Pahang dahulu, beliau menjadi pemain kesayangan peminat bola sepak Malaysia kerana tampil dengan aksi begitu cemerlang termasuk menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Akan tetapi, prestasi beliau mula merudum selepas menyertai JDT dan gagal untul terus kekalkan prestasi terbaik itu.
Malah di dalam liga, beliau bukan pemain pilihan utama jurulatih untuk diturunkan dalam skuad utama.