Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu akan dikenang sebagai presiden yang hebat dalam sejarah kelab itu, menurut Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo.
Bartomeu ketika ini sedang menghadapi tekanan daripada ahli-ahli kelab yang telah memintanya untuk mengosongkan jawatan tersebut dengan mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya. Dilaporkan lebih 20,000 tandatangan telah diperolehi setakat ini.
Sudah kumpul lebih tandatangan
Menurut Onda Cero, untuk membawa usul tersebut, hanya 16,450 tandatangan diperlukan dan sehingga kini, mereka telah berjaya mengumpul 20731 tandatangan.
Kedudukan Bartomeu menjadi semakin panas selepas Barcelona melalui musim tanpa sebarang trofi, selain kekalahan memalukan di saingan Champions League dan permohonan pemain sensasi mereka, Lionel Messi untuk meninggalkan kelab.
Awal bulan lalu, beliau turut menghadapi tuduhan daripada pihak polis berhubung melakukan jenayah rasuah yang kemudian beliau menafikan penglibatannya.
Menurut laporan Marca, Enrique Cerezo berkata, “Bartomeu adalah seorang presiden yang hebat dan di masa depan, beliau akan dikenang sebagai presiden Barcelona yang bagus. Mungkin ramai tetapi nama Bartomeu juga akan turut berada di sana.”
Mengenai Suarez
Tempohnya sebagai presiden kelab adalah sehingga tahun hadapan sekitar bulan Mac 2021, tetapi segelintir penyokong dan mungkin juga kebanyakkan penyokong ketika ini sudah mahukan beliau untuk mengangkat kaki meninggalkan Board Barcelona.
Pujian melambung daripada rakan sejawatannya daripada Atletico Madrid ini mungkin sudah boleh dijangkakan dek kerana hubungan baik mereka. Terbaru, Barcelona telah melepaskan Luis Suarez kepada mereka dengan nilai perpindahan sebanyak £5.5 juta.
Sebelum ini, pada musim lalu, Atletico Madrid menjual penyerang, Antoine Griezmann kepada Barcelona. Ditanyakan mengenai hubungan kedua-dua kelab berdasarkan jual beli kedua-dua pemain itu, Cerezo berkata, “Dunia ‘jual beli’ pemain ini rumit.”
“Tetapi hubungan baik dengan Barcelona dan kelab-kelab lain masih bagus. Kami memiliki hubungan yang sangat baik dengan Barcelona, mereka adalah pasukan yang hebat dan memiliki pengurus yang bagus,” ujar Cerezo mengenainya lagi.
Penutup
Disaat banyak pihak melempar tuduhan dan kata-kata kesat terhadap Bartomeu, Cerezo pula melawan arus menyatakan yang presiden Barcelona itu sebaris dengan individu-individu yang akan sentiasa dikenang di Barca atas sumbangan mereka.
Bagaimana pembaca melihat pujian daripada Presiden Atletico Madrid itu? Adakah beliau sekadar mahu mengambil hati atas hubungan ‘bisnes’ antara kedua-duanya?
KREDIT FEATURED IMAGE: EFE