Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya Turun Padang Ke Barcelona Tuntut Ilmu

Barcelona barisan kejurulatihan Harimau Malaya 2023

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya dikesan berada di kelab La Liga, Barcelona, malah sempat juga meninjau sesi latihan Xavi Hernandes.

Dalam hantaran oleh jurulatih kecergasan skuad kebangsaan, Park Ji Hyeon di laman Instagramnya, beliau memuat naik sekeping gambar barisan kejurulatihan skuad negara bersama pengendali Barcelona itu, kelmarin.

Turut kelihatan adalah ketua jurulatih, Kim Pan-gon, penolongnya, Pau Marti, jurulatih penjaga gol, Cho Junho dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun.

Adakah pemergian mereka ke Barcelona adalah dengan tujuan menimba ilmu bersama Xavi yang cemerlang memimpin Barca di persada La Liga?

Di bawah kendaliannya, Barcelona dilihat sedang menuju ke kejuaraan ke-27 liga mereka selepas kali terakhir menikmatinya pada musim 2018/19.

Selepas 29 perlawanan, mereka memimpin carta liga dengan 73 mata, 11 mata di depan pencabar terdekat dan musuh tradisi mereka, Real Madrid.

Sudah pasti antara pengisian sepanjang berada di sana adalah perkongsian resepi kecemerlangan Xavi disebabkan Pau Marti juga berasal dari sana. Beliau berasal dari Sepanyol, malah pernah terlibat dalam pembangunan pemain bersama akademi terkenal milik Barcelona, iaitu La Masia.

Malah, Park meletakkan kapsyen, “Sudah lama tidak bertemu. Terima kasih kerana membenarkan kami untuk datang dan melihat sesi latihan anda.

Namun, sebelum perkongsian tersebut, Park dilihat berkongsi tentang Barca Innovation Hub yang turut disertai barisan kejurulatihan skuad negara.

Ia sesuatu yang menarik apabila Malaysia juga terlibat sama dalam perkongsian ilmu tentang projek yang digerakkan oleh kelab ternama itu yang merangkumi pembangunan sukan masa depan melalui teknologi.

Antara aspek-aspek yang menjadi tumpuan utama Barca Innovation Hub adalah seperti analisis sukan, sains sukan, kejurulatihan dan nutrisi.

Tentunya ilmu yang diperolehi daripada perkongsian ilmu ini bakal dibawa pulang untuk dilaksanakan di kem skuad kebangsaan di masa depan. Tambahan pula, Malaysia bakal kembali beraksi di pentas Piala Asia 2023 yang dijangka akan berlangsung pada Januari depan di Qatar.

Menurut Park, “Perkara paling menarik dalam pembentangan hari ini ialah tujuan kewujudan INNOVATION HUB bukan semata-mata untuk meningkatkan prestasi bola sepak dengan bantuan sains sukan.”

Tetapi [ia] juga untuk mengembangkan perniagaan kelab bersama-sama melalui kerjasama dengan pelbagai pihak profesional,” tambahnya.

Sebagai jurulatih kecergasan, tentunya perkongsian bersama Barcelona ini amat berguna buat dirinya dan juga skuad Harimau Malaya ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN