CEO Terengganu Ucap Terima Kasih Pada Pemain Walau Tewas Besar Kepada Selangor

Saat momentum terbaik mula dicapai oleh Terengganu sejak beberapa perlawanan ini dilihat melegakan hati penyokong, secara tiba-tiba pasukan tersebut diaibkan dengan begitu teruk oleh Selangor dalam aksi Liga Super beberapa hari lalu.

Kekalahan 1-5 kepada Selangor boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat tidak boleh diterima para penyokong Sang Penyu menerusi corak permainan serta kerapuhan benteng pertahanan dipamerkan mereka pada perlawanan tersebut.

Malah, Terengganu yang sebenarnya mempunyai beberapa peluang terbaik juga seolah begitu tumpul untuk mendapatkan jaringan, selain hanya memperoleh satu gol sagu hati sahaja ketika berdepan Selangor.

Ketika ini, rata-rata penyokong Terengganu di media sosial meluahkan rasa tidak puas hati kepada pasukan menerusi mutu permainan yang begitu mudah ditangani oleh Selangor.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Ab Rasid Jusoh juga menjadi antara individu yang sukar untuk menelan keputusan perit tersebut sehingga kini.

Menurut Rasid, Terengganu sepatutnya tidak boleh melepaskan begitu banyak gol pada malam tersebut ketika menentang Selangor, selain menegur kepincangan yang ada pada pertahanan pasukan itu.

Walaupun begitu, Rasid dilihat tidak begitu panik ketika ini dan tetap mengucapkan terima kasih kepada barisan pemain yang dianggap sudah pun berusaha keras sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Tetapi, CEO tersebut tetap meminta supaya Tomislav Steinbruckner membuat analisis dengan lebih terperinci untuk mengelak daripada menjadi mangsa seterusnya kepada Sri Pahang.

“Saya tetap berterima kasih kepada barisan pemain atas usaha mereka untuk kembali bangkit dalam perlawanan itu walaupun tidak dapat menerima kekalahan besar di tangan skuad The Red Giants itu.

“Saya berpandangan TFC tidak sepatutnya tewas dengan jumlah jaringan yang begitu besar selepas melihat semangat dan persembahan pemain untuk menyaingi pasukan tuan rumah pada pertembungan itu.

“Kita mempunyai peluang untuk menghasilkan jaringan pembukaan dan jika ianya terhasil, saya yakin permainan yang ditampilkan pemain berbeza dan keputusan juga akan turut berubah,” katanya menerusi Harian Metro.

Kedudukan carta liga setakat ini menyaksikan Terengganu berada di tangga keenam liga hasil empat kemenangan dan kekalahan serta sekali seri daripada sembilan perlawanan dihadapi mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN