Barcelona nyata mempunyai formula tersendiri dalam memastikan Pierre-Emerick Aubameyang tidak ‘buat perangai’ dan mengulangi masalah disiplin seperti mana yang dilakukan oleh pemain itu ketika bersama Arsenal.
Aubameyang secara rasmi telah diumumkan sebagai pemain Barcelona selepas meninggalkan Arsenal, dengan kontrak sehingga 2025.
Menurut laporan The Times, Arsenal membayar Arsenal sebanyak £7 juta untuk mengakhiri kontrak bernilai £350,000 seminggu milik pemain itu di Emirates.
Pemain antarabangsa Gabon itu sudah tidak beraksi bersama Arsenal sejak 6 Disember lalu, sejak dilucutkan lilitan kapten dan digugurkan dariapada skuad oleh Mikel Arteta kerana masalah disiplin.
👨💼💼 First day in the office pic.twitter.com/KkdEqihhNF
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 2, 2022
Masalah disiplin sebenarnya bukan perkara baharu bagi Aubameyang. Pemain itu turut mencipta kontroversi bersama kelab terdahulu, Borussia Dortmund – menyebabkan pemain itu kerap dikeluarkan daripada senarai skuad pada hari perlawanan.
Ketika bersama Arsenal, Aubameyang menguji kesabaran Arteta apabila sering lambat melaporkan diri kembali ke kelab selepas perjalanan ke luar negara.
Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka
Klausa khas di dalam kontrak
Enggan masalah sama berulang, Barcelona membuat pendekatan berbeza dengan menyelitkan klausa khas berkaitan pelanggaran disiplin di dalam kontrak pemain itu di Nou Camp.
Pendedahan yang menjadi tumpuan media di Sepanyol itu mendedahkan Barcelona berhak memiutuskan kontrak Aubameyang sekiranya pemain itu melakukan sebarang perkara yang dianggap melanggar disiplin oleh pihak kelab.
OFFICIAL: Pierre-Emerick Aubameyang leaves Arsenal to join Barcelona on a free transfer 🔵🔴 pic.twitter.com/298bLdIO4h
— GOAL (@goal) February 2, 2022
Barcelona dilihat ramai sebagai peluang terakhir Aubameyang menghidupkan kembali kariernya selepas apa yang berlaku ketika bersama Dortmund dan Arsenal. Sebarang masalah di peringkat ini, pasti tidak akan menguntungkan pemain tersebut.
Selain daripada klausa berkaitan disiplin, Barcelona turut menyelitkan klausa perpindahan bernilai Є100 juta untuk mana-mana pemain yang mahu mendapatkan khidmat pemain itu pada masa depan.
Ia bagaikan sudah tradisi bagi kelab Sepanyol itu meletakkan nilai klausa perpindahan yang tinggi buat mana-mana pemain yang tiba di Nou Camp.
Tekad Aubameyang
Aubameyang, sementara itu, telah bersumpah untuk “memberikan segalanya” sepanjang bersama Barcelona.
Dalam temubyal pertamanya di kelab itu, dia berkata: “Saya sangat bangga kerana keluarga saya adalah orang Sepanyol daripada sebelah ibu saya. Kerana itu saya sangat bangga dan gembira berada di sini.
Xavi talking about whether Aubameyang would fit at Barcelona in 2020 👀 pic.twitter.com/ckU0rPPm9O
— ESPN FC (@ESPNFC) February 1, 2022
“Tujuan utama saya adalah untuk membantu pasukan dan memberikan semua yang terdaya untuk melayakkan pasukan ke Champions League.
“Saya selesa berada di sini dan akan memberikan segalanya.”
“Ia adalah perkara menakjubkan memiliki dia (Xavi Hernandez) sebagai jurulatih. Dia adalah [bekas] pemain yang hebat, semua orang tahu itu.”