Barcelona dan Real Madrid meneruskan persaingan sengit untuk kejuaraan La Liga musim ini. Minggu lalu Barcelona memintas Real Madrid.
Eidbar 1 Real Madrid 4
Karim Benzema cemerlang membantu Real Madrid menewaskan Eidbar di tempat lawan.
Real Madrid beraksi tanpa Cristiano Ronaldo yang direhatkan kerana kecederaan.
Karim Benzema berjaya meledak 2 gol dalam 25 minit pertama dan melakukan 1 bantuan gol kepada James Rodriguez di dalam perlawanan ini.
Ruben Pena menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-72. Real Madrid menambah 1 lagi gol menerusi Marco Asensio.
Zinedine Zidane jelas lega dengan kemenangan ini dan memuji aksi cemerlang Karim Benzema.
Barcelona 5 Celta Vigo 0
Dalam satu lagi perlawanan, Barcelona membelasah Celta Vigo 5-0. Ini menjadikan pasukan ini menjaringkan 11 gol dalam 2 perlawanan terakhir mereka.
Aksi cemerlang Barcelona beterusan. Ianya kemenangan penting untuk Luis Enrique yang baru mengumumkan pengunduran beliau pada musim hadapan.
Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-24 menerusi satu gerakan solo yang menarik ala gol Diego Maradona pada Piala Dunia 1986.
Ia diikuti oleh jaringan Neymar (40′), Rakitic (57′), dan Umtiti (61′). Messi melengkapkan malam cemerlang Barca dengan jaringan ke-5 pada minit ke-64.
Berikut adalah kedudukan 3 teratas di dalam La Liga buat masa ini.
[table]
,P,MT,
1 Barcelona,26,60,
2 Real Madrid,25,59,
3 Sevilla,25,55,
[/table]
Seterusnya
Barcelona akan berhadapan dengan PSG dalam saingan UCL selepas tewas 4-0 dalam perlawanan pertama.
Hujung minggu pula, mereka akan meneruskan pemburuan La Liga menentang Deportivo.
Real Madrid akan berhadapan dengan Napoli dalam saingan UCL dan kemudian Real Betis dalam perlawanan liga hujung minggu.
Baca juga: Wenger” “Aksi Teruk Separuh Masa Pertama, Punca Kekalahan Kami”