Barcelona Tawar Pakej Lumayan, Real Madrid Panik Dan Mahu Lelong Isco

Barcelona dikatakan menawarkan pakej lumayan bernilai €20 juta (£17.2 juta) untuk menarik Isco menyertai mereka di Camp Nou.

Laporan oleh RAC1 menyatakan, Barcelona sangat perlukan pemain seperti Isco di dalam pasukan mereka setelah pemain seperti Andre Gomes dan Arda Turan dilihat tidak mampu mencapai jangkaan mereka.

Hanya Ivan Rakitic yang konsisten di tengah bersama dengan pemain veteran Andres Iniesta.

Kontrak semasa Isco akan berakhir dalam masa 14 bulan lagi. Isco tidak akan menandatangani kontrak lanjutan di Bernabeu.

Barcelona dikatakan hanya menunggu kontrak tersebut untuk bertukar menjadi ejen bebas. Jadi, mereka berharap untuk mendapatkan Isco secara percuma.

Ia agak kontroversi! Tetapi Barcelona telah menawarkan pakej lumayan serta kontrak sehingga 5 tahun untuk pemain tersebut.

Real Madrid lelong Isco

Terdapat laporan terbaru menyatakan, Real Madrid akan melelong Isco dengan harga serendah £10 juta.

Ianya harga yang sangat murah dan sudah pasti banyak kelab yang akan cuba membida pemain ini.

Mereka berharap akan ada kelab datang untuk membeli bintang tersebut dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Isco diletakkan harga tidak kurang £30 juta oleh Real Madrid ketika kontrak beliau berbaki kurang 2 tahun.

Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang masih belum jelas. Kontrak Isco ada 14 bulan. Jika kontrak beliau hanya berbaki 6 bulan, Isco akan menjadi ejen bebas.

Dalam erti kata lain, Isco akan bebas memilih kelab baru secara percuma.

Sebelum ini ada berita menyatakan kontrak Isco ada klausa anti Barcelona. Oleh sebab itu Real Madrid mahu menjual pemain itu segera kerana mereka masih ada kawalan ke atas kontrak Isco.

Isco tidak boleh dibeli Barcelona buat masa ini. Namun ia pasti perit jika tiada kelab yang membeli Isco kerana tidak mampu menurut tuntutan gaji beliau.

Ianya selepas tawaran lumayan Barcelona tersebut. Ini berpotensi membuatkan pemain ini menjadi ejen bebas dan berpindah ke Barcelona.

Baca juga: Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN