Sir Alex Ferguson Nasihatkan Manchester United Utamakan Europa League!

Bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson menasihatkan agar Manchester United utamakan Europa League dalam kempen mereka buat masa ini.

Beliau berpendapat, United ada peluang yang lebih baik untuk menjuarai Europa League berbanding dengan terlalu fokus mengejar 4 teratas.

Buat masa ini, United berada di tangga ke-5 dengan 4 mata di belakang Liverpool. Tetapi United masih ada 2 perlawanan di dalam tangan mereka.

Manakala Arsenal pula berada di tangga ke-6, 2 mata di belakang United.

Sir Alex Ferguson berpendapat, 1 tempat di UCL untuk juara Europa League adalah sesuatu yang sangat lumayan dan berbaloi untuk dikejar.

Selain daripada menambah trofi, United juga akan ke UCL. Oleh itu Sir Alex Ferguson berpendapat, perlawanan menentang Anderlecht adalah keutamaan mereka buat masa ini.

Beliau berkata:

“Yang pasti, kita masih belum pernah menjuarai Europa League dan juga UEFA Cup.”

“Saya bukanlah terlalu yakin mereka akan mampu juara, tetapi saya melihat United ada peluang yang cerah untuk menjuarainya.”

“Jika berjaya menjuarainya, anda akan ke UCL. Dahulu perkara sebegini tidak ada. Pada masa yang sama tidak ada Sevilla dalam persaingan suku akhir.” – tambah beliau lagi sambil berseloroh.

“Memenangi trofi adalah sangat penting. Dan ia adalah trofi Eropah. Tidak kisahlah ia bukan UCL, ia tetap trofi Eropah dan anda berpeluang bermain di UCL.”

“CV pasukan akan menjadi lebih besar. Ia akan menambah lagi koleksi trofi Eropah. Ini penting untuk memastikan kita adalah kelab paling berjaya di England.”

Baca juga: Zainal Abidin Hassan Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Pulau Pinang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN