PSG Mahu Bayar Klausa Perlepasan Neymar, Barcelona Minta Penyokong Bertenang

Jurucakap rasmi kelab Barcelona, Josep Vive minta peminat Barca bertenang mengenai masa depan Neymar yang dikaitkan dengan PSG.

Beberapa laporan media menyebut  PSG mahu menjadikan Neymar sebagai bintang utama kelab dan mungkin akan menjadi antara pemain bergaji ala pemain bintang di Chinese Super League.

PSG dikatakan memainkan sentimen untuk menjadikan Neymar seperti ‘Messi’ di kelab mereka. Beberapa minggu lalu Barcelona mengesahkan kontrak baru Lionel Messi menjadikan beliau pemain dengan gaji tertinggi di Eropah.

PSG mahu menawarkan Neymar kontrak yang hanya kurang €10 juta setahun berbanding yang diterima Messi di Barcelona.

Messi juga menjadi pemain bola sepak ke-3 di dunia dengan pendapatan tertinggi selepas Tevez dan Lavezzi. Vive berkata kepada wartawan:

“Kami sangat tenang tentang hal ini. Kami mahu Neymar kekal dan terus gembira di sini seperti biasa. Kami juga mahu Neymar terus bermain dan meningkatkan kualiti beliau di Barca.”

“Neymar pemain yang hebat dan salah seorang pemain terbaik dunia. Kami di sini gembira memiliki beliau di dalam pasukan.”

“Kami mahu beliau kekal di dalam pasukan hebat ini. Beliau adalah pemain penting di sini dan kami tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran untuk beliau walaupun ia sangat besar.”

“Menjual Neymar adalah bercanggah dengan perancangan kami. Neymar adalah sebahagian daripada trio terbaik di dalam bola sepak dunia.”

John Vives tidak menafikan bahawa khabar angin tersebut. Jadi, berita bahawa ada bidaan rasmi dari PSG untuk membayar klausa perlepasan Neymar adalah berasas.

PSG dilaporkan mahu membayar €222 juta kepada Barcelona. Ia adalah angka yang terkandung di dalam klausa perlepasan Neymar. PSG turut menawarkan Neymar kontrak €30 juta setahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN