Barcelona baru-baru ini telah menafikan mengenai satu berita yang begitu hangat di Sepanyol ketika ini.
Menurut laporan di Sepanyol, Barcelona dikatakan telah bersedia untuk mendapatkan pemain Atletico Madrid iaitu Antoine Griezmann pada musim panas akan datang.
Namun begitu, mereka telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.
“Barcelona telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan kami adalah melakukan urusan bagi pemain Atletico Madrid – Antoine Griezmann.”
Bagaimana ia boleh berlaku?
Semuanya berlaku selepas Barcelona dikatakan membuat keputusan untuk mengosongkan nombor 7 di Barcelona selepas Arda Turan pergi ke Turki.
Kehadiran bintang baharu iaitu Philippe Coutinho telah mencipta andaian bahawa pemain itu bakal menyarung jersi tersebut.
Akan tetapi, andaian itu dijangka meleset pada masa akan datang.
Bermula di sinilah, spekulasi bermula apabila media di Sepanyol mula mengatakan Barcelona mengosongkan nombor 7 di kelab itu untuk memberi laluan kepada Griezmann.
Sebaliknya bagi Coutinho, pemain tersebut bakal menyarung jersi bernombor 14 yang bakal ditinggalkan oleh Javier Mascherano.
Keputusan tersebut dilakukan selepas pemain pertahanan itu bakal meninggalkan kelab dengan destinasi potensi adalah menyertai pasukan di Chinese Super League.
Perkara itu turut ditambah dengan kehadiran pemain pertahanan baharu iaitu Yerry Mina.
Jadi dengan penafian Barcelona tersebut, untuk siapakah nombor 7 itu dikosongkan?